in

Komposer Lagu Ku Pendam Sebuah Duka Meninggal Dunia

Salam takziah buat keluarga Ismail Fariz. Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Budiey BlogPETALING JAYA: Komposer lagu Ku Pendam Sebuah Duka, Ismail Fariz Ali, 46, meninggal dunia akibat kanser pukul 4.30 pagi tadi di Hospital Gleneagles, Ampang. Jenazah arwah Ismail akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas Zuhur.

Sementara itu, Datuk Khadijah Ibrahim yang dihubg mStar berkata, dia amat terkejut dengan berita sedih itu. Penyanyi lagu tersebut, Datuk Khadijah Ibrahim yang dihubungi mStar berkata, dia amat terkejut dengan berita sedih itu. Bagaimanapun, penyanyi itu turut mengakui mereka tidak mengenali antara satu sama lain dengan begitu rapat.

“Saya amat terkejut dengan pemergian Allahyarham. Namun, saya tidak begitu mengenali Allahyarham dengan rapat. Kami hanya pernah berjumpa dua atau tiga kali. Itu pun ketika proses rakaman lagu tersebut sekitar tahun 1986,” katanya.

Sementara itu, komposer terkenal tanah air Johan Nawawi yang merupakan teman rapat Allahyarham berkata, dia terkejut dengan kehilangan sahabatnya itu.

“Dia seorang yang baik, warak, bertanggungjawab, berbakat dan prihatin,” kata Johan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nabila Huda & Liyana Jasmay di Prebiu DUHAI SI PARI-PARI

Kisah Azam Tahun Baru Dalam Drama Resipi Cinta Di Tv2