Koleksi Gambar Baby Pertama Yatt Hamzah

Rasanya tak terlewat untuk Budiey ucapkan tahniah buat pelakon dan hos terkenal, Yatt Hamzah kerana telah selamat melahirkan anak sulungnya seberat 3.24kg. Bayi berjantinakan perempuan yang sangat comel itu diberi nama Suci Hanania Malika. Comelnya, geram sungguh Budiey tengok.

Bayi tersebut dilahirkan tepat pada pukul 6.13 pagi di Hospital Ampang Puteri. Berita gembira ini dikongsikan oleh Yatt di laman Facebooknya.

Kelahiran Suci Hanania telah merubah kehidupan Yatt. Dengan melupakan seketika dunia glamornya, Yatt yang berkongsi hidup dengan suaminya Abdul Mutalib pada 28 Februari 2009 seakan tak mahu berenggang dengan anaknya.

Mengandungkan Suci Hanania selama 10 bulan dua minggu adalah saat penuh makna buat Yatt dan cabaran semasa melahirkan menjadi ujian besar bagi Yatt. Semasa dalam pantang di rumah keluarganya di Seremban, Yatt tak cukup tidur kerana menjaga Nia. Tak pe, bukankah ini satu pengorbanan seorang ibu.

Kalau boleh, Yatt tak mahu anak kesayangannya ini menjadi artis.

Kini, anak Yatt semakin membesar sebagai johan. Doa Budiey, semoga anak Yatt membesar dengan sihat dan cukup dengan limpahan kasih sayang.

Berikut ini adalah koleksi gambar anak Yatt yang diambil dari Facebook peribadi milik Yatt. Terima kasih, Yatt!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu VIP Iwan AF8

Nasir Bilal Khan, Atie AF dalam Drama Seram Loga Maya