in

Koleksi Filem Seram dalam SATURDAY MOVIES

Koleksi filem-filem seram dalam SATURDAY MOVIES di 8TV!

Bagi peminat-peminat filem seram, 8TV bakal menghidangkan filem-filem Cina Mandarin dan Kantonis terbaik bersempena dengan ‘Festival Hantu’ yang bakal menjelang. Slot kegemaran ramai yang akan disiarkan setiap Sabtu bermula 6 Ogos 2011 ini bakal menampilkan filem-filem yang dibintangi oleh bintang-bintang terkenal Cina dari Hong Kong dan Singapura.

Where Got Ghost (Sabtu)
Tarikh siaran: 6 Ogos 2011
Masa: 8.30 – 10.30 malam
Bahasa: Mandarin
Dibintangi oleh: Jack Neo, Henry Thia, Mark Lee, Marcus Chin, Richard Low, John Cheng, Tay Yin Yin, Wang Lei, Lai Ming

Membakar wang kertas dan memberi makanan kepada roh adalah salah satu acara biasa yang dilakukan sewaktu ‘Pesta Hantu’ di Singapura. Ini merupakan percubaan pertama penerbit filem ‘Where Got Ghost’ – Jack Neo membuat filem sebegini nak keluar dari tradisi tipikal ini. Filem ini menyelitkan unsur seram dan humor yang akan membawa kita kepada antologi tiga buah cerita iaitu ‘Roadside Got Ghost’, ‘Forest Got Ghost’, dan ‘House Got Ghost’. Tidak hanya menyelitkan tentang elemen seram yang pasti membuat anda tidak senang duduk, filem ini turut menyelitkan beberapa pantang-larang dengan orang yang sudah mati.

My Left Eye Sees Ghost (Sabtu)
Tarikh siaran: 13 Ogos 2011
Masa: 8.30pm – 10.30 malam
Bahasa: Kantonis
Dibintangi oleh: Sammi Cheng, Lau Ching-Wan, Lee San-San, Bonnie Wong Man-Wai. Tracie Cooper

Nasib May sungguh malang kerana kematian suami ketika mereka pergi berbulan madu. May juga terpaksa berdepan dengan gosip yang mengatakan beliau berkahwin kerana wang. Namun May pandai mengatasi kekecewaan beliau dengan menikmati hidangan yang banyak. Suatu hari, May mengalami kemalangan kecil dan apabila beliau terjaga mata kiri beliau boleh melihat roh. Adakah May gembira dengan kelebihan yang dimilikinya? Saksikan filem My Left Eye Sees Ghost hanya di 8TV.

The Matrimony
Tarikh siaran: 20 Ogos 2011 (Sabtu)
Masa: 8.30pm – 10.30 malam
Bahasa: Kantonis
Dibintangi oleh: Leon Lai, Rene Liu, Fan Bingbing

‘The Matrimony’ merupakan kisah cinta lara di antara Jun Chu dan Man Li. Jun Chu mula mengasingkan diri dan hanya duduk di rumah agam miliknya tanpa memikirkan dunia luar sejak kematian Man Li. Man Li merupakan kekasih Jun Chu dan mereka merancang untuk berkahwin namun segalanya musnah apabila Man Li terlibat dalam sebuah kemalangan tragis. Ibu Jun Chuu yang risau dengan keadaan Jun Chu telah mengaturkan perkahwinan beliau dengan Sansan dengan harapan beliau akan melupakan Man Li dan memulakan hidup baru namun usaha ibunya ternyata gagal. Namun roh Man Li masih berkeliaran di rumah agam itu dan merasuk dan masuk ke jasad Sansan. Apakah yang bakal terjadi kepada Sansan? Saksikan kesudahan kisah cinta tragis ini dalam The Matrimony.

Anna & Anna
Tarikh siaran: 27 Ogos 2011
Masa: 8.30pm – 10.30 malam
Bahasa: Kantonis
Dibintangi oleh: Karena Lam, Tender Huang, Lu Yi

Anna menjalani kehidupan yang cukup sempurna. Mempunyai kerjaya yang bagus dan segalanya teratur dan berjalan lancar. Anna dipindahkan dari Singapura ke Shanghai sebuah tempay yang menyimpan duka lama. Keadaan menjadi pelik apabila beliau melihat imej beliau di dalam cermin yang menggunakan nama yang sama dan telah berkahwin dengan bekas teman lelaki beliau Ou Yang. Siapakah yang dilihat seiras dengan wajah beliau? Apakah yang akan terjadi kepada Anna?

“Festival Hantu bakal menjelang! Bersempena dengan festibal ini, 8TV akan menyiarkan filem-filem seram khas untuk tontonan anda sekeluarga,” ujar Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Jangan ketinggalan menyaksikan filem-filem menarik yang akan menemui anda setiap Sabtu jam 8.30 malam bermula 6 Ogos ini hanya di 8TV. 8TV juga ditonton menerusi saluran Astro 708 atau menerusi laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Kini anda juga boleh menonton program-program 8TV kegemaran anda menerusi telefon bimbit anda dengan mendaftar masuk ke mobile.8tv.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dunia Selepas Malapetaka dalam The Colony

Winner PUMA FAAS TEST Challenge