in , ,

Kolaborasi Misha Omar & Hafiz Suip dalam TERIMAKU SEADANYA

Sony Music Malaysia dan Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro) hari ini mengumumkan pelancaran Single baharu ‘Terimaku Seadanya’ yang menampilkan paduan vokal penyanyi popular, Misha Omar & Hafiz Suip. Gabungan dua penyanyi popular ini dilihat strategi utuh dalam mengekalkan momentum arena seni tanah air yang semakin rancak dengan kemunculan ramai artis baharu.

Hasil ciptaan lagu dan lirik sepenuhnya oleh Ajai, ‘Terimaku Seadanya’ diolah dalam melodi indah namun ringan buat halwa pendengar. Tambah menarik, lantunan vokal Misha Omar & Hafiz Suip diadun seimbang menerusi trek lagu sepanjang 4.04 minit, membuktikan kekuatan tersendiri lagu ini yang kini turut diangkat sebagai lagu tema drama saluran di Astro, Uda dan Dara yang akan bersiaran di bulan Februari / Mac 2016 di saluran Astro Prima.

MOFS_Opt5

Kekuatan Misha Omar dan Hafiz Suip yang mempunyai persamaan keunikan vokal, turut disertakan bersama emosi yang kuat sehingga mampu membuai jiwa pendengar. Malah, lagu ini dilihat sebagai buah tangan terbaharu Misha Omar selepas kali terakhir menerbitkan album penuh miliknya pada tahun 2008.

“Sony Music Entertainment & Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd mahu kekal sebagai peneraju utama dalam industri muzik di Malaysia, justeru penghasilan single baharu ‘Terimaku Seadanya’ yang dicipta oleh Ajai manakala nyanyian oleh Misha Omar dan Hafiz Suip dilihat sebagai pemangkin dalam mendekatkan kami ke arah usaha ini untuk tahun 2016.”

“Misha amat optimis terhadap kesetiaan peminat, lagu ini pastinya dapat mengubati kerinduan peminat selepas album terakhir pada tahun 2008 yang lalu. Semoga lagu ini diterima ramai dan merancakkan lagi perkembangan industri hiburan tanah air,” ujar Misha Omar atau nama sebenarnya, Samihah @ Aisah bt Omar.

Manakala menurut pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu yang lalu, Hafiz Suip, “Kolaborasi ini dilihat dapat melonjakkan lagi jenama Hafiz Suip dalam pasaran lagu tempatan. Syukur, ini satu peluang terbaik untuk saya bergabung dengan penyanyi berpengalaman yang bukan calang-calang bakatnya.”

Single ‘Terimaku Seadanya’ ini turut dilancarkan serentak dengan muzik video yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube Astro Gempak di: https://www.youtube.com/watch?v=Gnt0gEm2_xo. Sehingga kini, ‘Terimaku Seadanya’ mencatat fenomena tersendiri di arena digital menerusi kedudukan di tangga ke-3 carta single iTunes.

Muat turun muzik digital ‘Terimaku Seadanya’ atau dengarkan secara streaming menerusi Raku, Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music, Yonder Music dan KKBox hari ini!

@SonyMusicMY @sonymusicmy facebook.com/sonymusicmy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem ZOOTOPIA