in ,

Kisah Unit Elit Polis Dalam Metro Skuad

“Metro Skuad” : Siri Terbaharu Kisah Unit Elit Polis Mulai 2 Mac Ini Di TV2

Pelbagai aksi mendebarkan dan diselang-selikan dengan babak-babak konflik kekeluargaan mengisi drama bersiri kepolisian terbaharu, “Metro Skuad” yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 2 Mac ini, setiap Jumaat, jam 9.00 malam menerusi saluran TV2.

Drama bersiri 52 episod terbitan Skop Productions Sdn Bhd ini membawakan kepada penonton cabaran dihadapi satu unit elit polis yang di tugaskan untuk menumpaskan penjenayah lakonan berkesan Azad Jasmin, Salina Salibi, Ana Dahlia, Adam Corrie, Amir Arafat dan Reenetha Veeraya sebagai watak utama.

Disiarkan mengisi slot Selekta Prima, drama ini menyaksikan kesungguhan watak A.S.P Azad oleh Azad Jasmin yang telah menerima serahan tugas daripada SUPT. Kamal. Dia terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran daripada pihak penjenayah dan pada masa sama dia tidak dapat lari daripada menggalas tanggungjawab sebagai seorang abang yang berdepan dengan kerenah adiknya yang suka berpoya-poya.

Metro Skuad

Menerusi episod pertamanya pada 2 Mac ini, saksikan tajuk “Kongsi Gelap” yang mengetengahkan kegiatan kumpulan kongsi gelap di bandaraya semakin berleluasa. Ramai peniaga yang telah menjadi mangsa mereka. Dalam pada itu, dua kumpulan kongsi gelap yang bermusuh telah bertarung di satu lokasi gara-gara berebut kawasan.

Di situlah bermula tugas unit Metro Skuad dalam membanteras jenayah yang ditimbulkan mereka dengan diketuai oleh A.S.P Azad yang terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Azad terpaksa berhadapan dengan kerenah adiknya yang suka berpoya-poya.

Sementara itu Geng Kucai berang apabila mendapati seorang lelaki yang mendakwa ahli Geng Alor menceroboh kawasan mereka. Muncul Zali gembira apabila Ah Chin yang mendakwa dia ahli Geng Alor menerima tawarannya untuk menjadi ahli baru Geng Kucai. Dalam masa yang sama, A.S.P Azad dan orang-orangnya masih menjalankan gerakan bagi menumpaskan kumpulan kongsi gelap yang sangat di kehendaki polis.

Geng Kucai dan Geng Alor terus bermusuh dimana mereka sering bergaduh dalam mencari pengaruh di kawasan masing-masing. Keadaan menjadi lebih kalut apabila ASP Azad pula di pukul di sebuah club semasa menjalankan penyamaran dengan Syakira.

Akhirnya Geng Kucai tumpas hasil penyamaran I.N.S.P Peter. Ekoran dari itu, Metro Skuad membuat serbuan pada Geng Alor yang merupakan 2 suspek yang sangat di kehendaki polis. SUPT Kamal berang apabila Ah Meng dan Gazi berjaya meloloskan diri dalam serbuan. A.S.P Azad yang mengetuai operasi semakin tertekan. Pelbagai tektik dan penyamaran di buat oleh Unit Metro Skuad bagi menjejaki suspek.

Saksikan juga episod “Amuk” mengisahkan Bidin mengamuk dan memukul isterinya Zainon. Dalam kejadian itu ayah mertuanya turut menjadi mangsa hingga cedera. Ekoran kejadian itu Zainon mahu membuat laporan polis tetapi di halang oleh ayahnya kerana enggan memburukkan keadaan.

Sementara itu Metro Skuad menjalankan gerakanmemburu suspek-suspek yang terlibat dalam beberapa kes jenayah. Ricky di tangkap dan di soal. Siasatan lanjut polis mendapati Bidin mempunyai kaitan dengan Ricky. Zainon menuntut cerai kerana kecewa dengan sikap buruk suaminya. Berang dengan tindakan isterinya, Bidin sekali lagi bertindak ganas hingga sanggup menjadikan ayah mertuanya sebagai tebusan semasa polis mahu memberkasnya. Lalu apakah kesudahannya? Kongsikan drama aksi mendebarkan ini hanya di TV2.

Metro Skuad

Metro Skuad

Metro Skuad

Metro Skuad

Metro Skuad

Metro Skuad

Metro Skuad

Metro Skuad

Metro Skuad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mantera Koleksi Hits Terbaik Malique

Projek Pistol Mewakili Malaysia Ke Hongkong Asia Pop Music Festival