in , ,

Kisah Kerjaya Pakar Forensik Dalam MEDICAL EXAMINER DR QIN

Kerjaya sebagai seorang pakar forensik diakui sangat berat dan mencabar kerana mereka perlu berhadapan dengan bermacam-macam kes kematian setiap hari. Sudah tentunya mereka yang bekerja dalam bidang ini berdepan dengan pelbagai kisah yang pelik yang mungkin kita takkan pernah tahu.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama bersiri 20 episod, “Medical Examiner Dr Qin”, sedang bersiaran setiap Sabtu, pukul 10.30 malam di TV2 yang menampilkan pelakon utama Zhang Ruo Yun, Jiao Jun Yan, dan Li Xian.

Berlatarkan mengenai penyiasatan jenayah yang mana lebih fokus kepada bidang forensik, kisahnya tentang watak Qin Ming yang bekerja sebagai doktor forensik, yang memiliki perwatakan sangat serius dengan sikapnya yang susah bergaul dengan orang disekelilingnya. Situasi itu menyebabkan rakan sekerja sukar untuk bertahan lama bekerja dengannya. Qin Ming sememangnya obses dengan kerjayanya hingga adakalanya dia lagi senang untuk bercakap dengan mayat daripada manusia. Dia diibarat sebagai kera sumbang di tempatnya bekerja.

9328429834

Sementara itu Lin Tao pula seorang pengawai polis yang selalu bekerjasama dengan Qin Ming untuk menyelesaikan pelbagai jenis kes. Dia sudah lama bekerja sama dengan Qin Ming dan boleh dikatakan Lin Tao orang yang paling rapat dan faham perangai Qin Ming. 

Meskipun perwatakan  mereka sangatlah berbeza dengan Qin Ming jenis serius dengan riak muka yang serius, Lin Tao pula lebih santai dan selalu menceriakan keadaan.

Muncul watak Li Da Bao pembantu baru kepada Qin Ming. Pada permulaannya Da Bao sering didiskriminasi oleh Qin Ming. Namun lama-kelamaan dia berjaya membuktikan kecekapannya  dalam bekerja kepada Qin Ming yang menyebabkan Qin Ming akur boleh bekerja sama dengannya. Dengan perwatakkannya yang kasar berbanding gadis lain, Da Bao dapat menyesuaikan diri terutama dengan Lin Tao. Hubungan mereka bertiga jadi sangat akrab. 

Episod drama ini bermula dengan penemuan tulang manusia dalam pembentung minyak yang membawa mereka kepada kes pembunuhan yang kejam. Qin Ming, Lin Tao dan Da Bao bergabung untuk menyelesaikan misteri kes ini.

02940243

Cerita menjadi semakin menarik apabila Qin Ming mula menyiasat kes kematian ayahnya selepas menerima satu surat misteri. Apa yang Qin Ming tahu bapanya yang juga seorang doktor forensik telah membunuh diri kerana takut untuk menerima hukuman selepas melakukan kesilapan dalam penyiasatan. 

Tetapi sebaliknya daripada surat misteri yang diterima, Qin Ming mendapat petunjuk yang ayahnya bukan membunuh diri tapi telah dibunuh dan Qin Ming mahu mencari siapa pembunuh tersebut.

Qin Ming kemudiannya mendapat tahu pembunuh sebenar malangnya pembunuh tersebut telah dibunuh oleh seseorang yang telah merancang untuk membalas dendam pada Qin Ming dengan menggunakan sejarah silam sebagai target. Apa motif pembunuh tersebut?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gara-Gara Isteri Merajuk, Shuk Sahar Hadiahkan iPhone 11 Pro Max Untuk Pujuk

Trending di Netflix, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Patut Tonton Filem THE CALL