in , ,

Kini Anda Boleh Melihat Arkib Instagram Stories Dengan Lebih Mudah Mengikut Bulan

Instagram kini memudahkan lagi anda melihat arkib perkongsian Instagram Stories, dimana kini ia disusun mengikut kalendar bulanan – sekaligus memperlihatkan arkib Instagram Stories mengikut tarikh penerbitan.

Pilihan paparan arkib ini adalah penambahan baru selain daripada paparan dalam bentuk peta mengikut lokasi Instagram Stories berkaitan.

instagram

Seperti semua sedia maklum, Instagram Stories hanya dipaparkan untuk tempoh 24 jam sahaja, dan arkib ini adalah hanya untuk paparan pemilik akaun. Instagram menyokong ciri mengarkib sejak tahun 2017 yang lepas untuk Stories.

Bagi anda yang aktif berkongsi Instagram Stories, boleh menyemak ciri ini, dan turut memilih untuk berkongsi kembali Stories lama kepada rakan-rakan anda di Instagram.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gara-Gara Dipopularkan MKBHD, Pereka Ikon Ini Peroleh RM413,880 Dalam Satu Minggu

Perdaya Orang Ramai, Bekas PA Aliff Syukri Ditangkap, Rozita Che Wan Lega