in

Kilauan Jalur Gemilang Di Menara Kuala Lumpur

KILAUAN JALUR GEMILANG di MENARA KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur – Menara Kuala Lumpur dilimpahi dan disinari oleh pencahayaan empat warna mengikut turutan warna Jalur Gemilang iaitu Merah, Putih, Biru dan Kuning setiap malam yang telah bermula dari 5 Ogos sehingga 20 September 2011.

Pencahayaan ini adalah bersempena dengan Sambutan Kemerdekaan ke-54 negara dan juga serentak dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

“Pencahayaan Menara Kuala Lumpur bermula dari jam 7.30 malam sehingga 12.00 tengah malam untuk hari Isnin hingga Khamis manakala untuk hari Jumaat hingga Ahad, pencahayaan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi” kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

“Ianya akan bertukar setiap 2 minit dan disusuli dengan 5 minit persembahan kerlipan bintang (Starflash) dengan warna Jalur Gemilang. Manakala ‘Skytracer’ dan Arena pula akan memainkan lagu Jalur Gemilang pada setiap jam 8.00malam, 9.00malam, 10.00malam dan 11.00malam. Ini adalah sebagai tanda sokongan kami kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi memeriahkan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini,” tambah beliau lagi.

Bersesuaian dengan namanya sebagai “Jewel In The Sky”, Menara Kuala Lumpur merupakan menara pertama di dunia yang dipasang dengan penetapan cahaya dan teknologi bunyi sebegini.

Selain daripada itu, Menara Kuala Lumpur turut mengadakan pelbagai acara untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Menara Kuala Lumpur. Diantaranya ialah Pesta Negeri Johor @ Menara Kuala Lumpur, Ulangtahun Menara Kuala Lumpur yang ke 15 tahun, KL Tower International Jump Malaysia 2011 dan persembahan tarian dan muzik tradisional di Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur.

Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nanas merupakan menara telekomunikasi keenam tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara. Menara Kuala Lumpur telah dianugerahkan ‘Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards 2011 – Award for Outstanding Achievement in Tourist Attraction” oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengiktiraf tempat tarikan pelancong di Kuala Lumpur dimana ianya telah mencapai tahap tertinggi kecemerlangan dalam menyediakan pengalaman pelancongan yang unik dan menarik serta sumbangannya dalam meningkatkan imej Kuala Lumpur.

Menara KL

Menara KL

Menara KL

Menara KL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Melodi TV3 Siar Ada Orang Menyamar Jadi Wartawan Sinar Harian

Gambar Ning Baizura Bercuti di Amerika Syarikat