in

Kilauan Emas Musim Kedua

Selepas menyaksikan Mohd Ali Norpiah Mohd Johar dinobatkan sebagai juara sulung program Kilauan Emas Musim Pertama tidak lama dahulu, kini pihak Astro Prima (Saluran 105) dengan kerjasama pihak penaja Polident membawakan kembali program menarik ini untuk musim kedua yang bakal menjelajah ke enam buah negeri sekitar Malaysia iaitu Sabah, Sarawak, Johor, Pahang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk sesi uji bakat tidak lama lagi.

Menariknya, beberapa pembaharuan telah diperkenalkan bagi memantapkan lagi mutu pengisian program agar terus segar serta menepati kehendak para penonton yang dahagakan program-program berkualiti.

Untuk musim kedua ini, calon peserta juga boleh memilih untuk sama ada menyertai program ini secara solo ataupun dengan pasangan duet.

Selain itu, Kilauan Emas Musim Kedua juga bakal membawa masuk khidmat dua nama besar yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka yang amat luas dalam industri seni tanah air iaitu Adnan Abu Hassan dan Juliza Adlizan yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai guru vokal bagi program ini.

Adakah Kilauan Emas musim baru ini masih mengekalkan hos yang sama, Kak Engku?

Kilauan Emas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Pelancaran Buku Sembang Tepi Jalan & Syurga Yang Hilang

Filem Ngorat