in

Kieran Era FM Lari Ke Hot FM, AC Mizal Hos AF6

Penyampai radio popular Era, Kieran, bakal berhijrah ke Hot FM tidak lama lagi. Kieran dikatakan menerima tawaran pesaing kuat Era itu untuk mengendalikan slot malam. Ini menguatkan desas-desus Era bakal kehilangan ramai penyampai mereka selepas AC Mizal dikatakan turut meninggalkan Era kerana menumpukan tugas sebagai hos baru Akademi Fantasia musim keenam. Penyampai Xfresh FM, Adi Fashla diktakan bakal menggantikan Kieran, manakala Rizal yang juga bertugas sebagai penyampai dan eksekutif muzik di Xfresh FM akan ke Era menggantikan tugas ZZ yang sudah beralih arah ke Suria FM. Nampak gayanya, pasangan Adi sebelum ini iaitu Dina akan keseorangan. Aduh, apa nak jadi dengan radio di AMP agaknya. Lepas seorang, seorang meninggalkan radio mereka. Pendek kata, kacau-bilau stesen radio mereka khususnya Era selepas wujudnya Hot FM dan Suria FM. Itulah jadinya kalau tak jaga kakitangan baik-baik. Banyak tabur janji, kenalah tunaikan. Kalau tidak, habis ranap satu stesen walaupun dah popular. [sumber]

[tags]kieran, hot fm, ac mizal, hos af6, senarai nama pelajar af6, xfresh, suria fm, zz, zick zack, radio malaysia, internet radio[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DUTA, Band Baru & Album Dunia Baru The Movie

Aksi Murai, Klon Artis & Pemenang di Astro Ria