in , ,

Khuatir Dengan Virus COVID19. Seorang Pengundi Memakai Kostum Power Rangers

Kebiasannya, superhero akan menggadaikan nyawa mereka sendiri dengan melawan pihak lawan sampai habis. Namun, lain pula yang terjadi di Sabah apabila Power Rangers dilihat turun mengundi seperti manusia biasa.

Gambar Hiasan

Suasana ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi meriah apabila seorang pengundi hadir dengan memakai kostum watak adiwira dalam Power Rangers. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di pusat membuang undi, Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau, Penampang, Sabah.

Kelibat individu berkenaan berjaya dirakam oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta beberapa pengundi lain, yang kemudiannya tular di beberapa platform media sosial dan aplikasi Whatsapp. Mungkin kerana khuatir dengan jumlah jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat di negeri Sabah, lelaki tersebut hadir dengan cara tersendiri. Kata orang, mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Khuatir Dengan Virus COVID19. Seorang Pengundi Memakai Kostum Power Rangers

Keputusan pilihanraya negeri Sabah… Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasmi, membentuk kerajaan negeri yang baharu di Sabah, selepas memenangi 38 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

GRS yang dianggotai Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) mendapat 14 kerusi, seterusnya Parti Bersatu Sabah (PBS) menawan tujuh kerusi.

Khuatir Dengan Virus COVID19. Seorang Pengundi Memakai Kostum Power Rangers

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Baru Setahun Kahwin, Suami Luah Rasa Kecewa & Terluka, Ini Penjelasan Nadia Brian

DioSibuna Music Anjur Showcase #KITSAMA Secara Dalam Talian