in

Keterujaan Budiey Menanti Filem The Amazing Spider-Man 2

Rasanya ramai pembaca yang dah tahu, dalam banyak-banyak karakter super heroes, Budiey suka dengan karakter Spider-Man. Jangan tanya Budiey kenapa? Anda patut tengok filem ini dalam versi 3D dan anda akan rasa keterujaan yang maksima apabila menontonnya. Karakter dan watak Spider-Man itu sendiri sebenarnya tidaklah ganas malah beliau sangat romantik. Haha, dan yang penting, Spider-Man adalah penyelamat dunia dan tidaklah klise dengan watak yang lain yang selalu kuat dan gagah dan akhirnya menang dalam pertarungan.

[pullquote align=”right”]Kalau anda tonton dari siri pertama filem Spider-Man pun, korang akan tahu, kadang-kadang Spider-Man akan jatuh tersungkur dan kadang-kadang Spider-Man berjaya mengalahkan pihak lawan. Takdela selalu menang, kan?[/pullquote]

Baru-baru ini, Budiey rasa teruja sebab dapat tahu, filem terbaru The Amazing Spider-Man 2 akan ditayangkan pada tahun ini. Menonton trailernya pun dah buat Budiey rasa nak jadi orang pertama tengok filem ni. Pada 6 Disember lalu, trailer rasmi filem The Amazing Spider-Man 2 dah pun dilancarkan sebagai teaser dan ia pastinya menjadi highly anticipated film. Filem yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat Spider-Man khususnya. Kepada moviegoers kat luar sana, rata-rata mengatakan filem kali ini lebih gempak dan luar biasa. Aksi-aksi yang dapat dilihat dari teaser dan trailer juga dah tentu ramai yang memuji karya terbaru lakonan Andrew Garfield.

Bercakap pasal lakonan Andrew Garfield, Budiey rasa watak dan raut wajah beliau memang sesuai sangat dengan karakter Spider-Man. Memang cukup sinonim sekali. Rasanya tiada pelakon lain yang dapat menandingi beliau. Watak Peter Parker juga dibawa dengan begitu berkesan sekali.

Kita selalunya tahu sebelum ini babak-babak pertarungan Spider-Man dalam filem memang ada keunikan tersendiri. Maksud Budiey tak semuanya babak itu sama. Kali ini, Spider-Man nampaknya terpaksa bertarung dengan lawan yang lebih kuat, lebih gagah dan lebih berkuasa. Dah tentu, tanggungjawab dan beban Spider-Man untuk menyelamatkan dunia menjadi satu beban yang sangat besar. Itu tak termasuk lagi ketika mana ada babak bersama awek Spider-Man yang bernama Gwen yang dipegang oleh Emma Stone. Tapi menjadi seorang Spider-Man ni memang best sebab hanya Spider-Man je yang adapat menyelamatkan penduduk New York dari kedurjanaan dan kejahatan yang bermaharajalela. Dalam episod terbaru ini, Spider-man dibantu oleh Electro yang dipegang oleh Jamie Foxx. Juga tak lupa, akan ada kemunculan sahabat baiknya iaitu Harry Osborn yang dipegang oleh Dane DeHaan. Apa yang pasti, Spider-Man dah sedar, musuh ketat beliau adalah datang dari satu tempat iaitu OsCorp.

Diarahkan oleh Marc Webb, sudah tentu filem The Amazing Spider-Man 2 bakal menjadi kegilaan ramai. Korang rase?

Keterujaan Budiey menantikan filem hebat ini nampaknya digandakan lagi dengan promosi hebat yang dianjurkan oleh TESCO iaitu Tesco Heroes and Friends di mana salah satu karakter figurine yang dihadiahkan kepada pelanggan adalah Spider-Man. Budiey dah pun mendapatkan karakter Spider-Man dan mahu kumpul banyak-banyak untuk koleksi peribadi. Terima kasih Tesco!

Spiderman

Kepada anda penggemar Spider-Man di luar sana, korang patut dapatkan karakter ini sekarang sebelum kehabisan stok!

Nah, tunggu apa lagi, kalau korang nak tukar pun boleh. Budiey ada banyak ni!

tesco

Tesco Heroes And Friends

906429 - The Amazing Spider-Man 2

906429 - The Amazing Spider-Man 2

906429 - The Amazing Spider-Man 2

906429 - The Amazing Spider-Man 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dazrin Jawab Gosip Tidak Berdisiplin & Tamak

Danial Cheur Hamasiah Lanjut Pelajaran Di Sekolah Seni Malaysia