in

Kes Tuntut Cerai Isteri, Seri Bayu Tak Setuju

Kesian dan simpati Budiey membaca berita tentang penulis lirik Seri Bayu yang terlantar sakit, di’dera’ oleh isterinya yang sudah tidak mahu menjadi isterinya. Habis madu sepah dibuang?

Seri Bayu Tidak Setuju, Kes tuntut Cerai Isteri
Oleh Mohd Sabran Md Sani

PETALING JAYA: Penulis lirik terkenal era 80-an dan 90-an, Jamaludin Sulik, atau lebih dikenali dengan nama penanya, Seri Bayu, tidak bersetuju permohonan tuntutan cerai dikemukakan isterinya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad (Erema).

Pengakuan itu dibuat Seri Bayu, 43, sebaik prosiding terhadap permohonan dikemukakan Erema, 25, disebut kali pertama di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, pagi semalam.

Sebaik kes disebut kira-kira jam 9.20 pagi, Seri Bayu yang ditanyakan Ghazali berhubung tuntutan dikemukakan Erema hanya menggelengkan kepala sebagai tanda tidak bersetuju dengan tuntutan berkenaan.

Ketika prosiding berlangsung, Seri Bayu yang berkerusi roda terpaksa menggunakan khidmat seorang wanita yang mengakui keluarga angkatnya untuk menerangkan setiap patah perkataan dituturkan kerana tidak sihat.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. xde sape yg fhm mslh rmh tgga org len.tp bl dh berkait dgn duit,makan,pakai mmg ssh nk ckp..bl suami dh xleh keje,mmg isteri la yg kne tggung sume 2.ms ni la nk uji kesbran n ksh syg isteri.ms ni jg la nk uji setinggi mne ego si suami.kekdg suami xleh time isteri bekerja sbb dia mlu xdpt jd isteri.cemburu giler.2 yg tdh isteri mcm2..wat je pngajaran,hrp2 jgn jd pd dr sndr..

  2. Zaman dlu @ skarang .. cinta tu cinta lah gak .. tpi kperluan spt duit tu penting gak .. lain lah klau leh beli beras kt kdai dgn prkataan ‘cinta’ ..

    Smoga SB n Erema mndapat yg trbaik dlm hdup samada bercerai atau tidak nti .. Wanita yg duk tolak wheelchair SB tu nama NITA.. kluarga angkat SB.

    Msa mula2 dgar lgu ni, ingatkn Misha Omar. Suara Erema best gak ..

    *PELITA DI BAWA PURNAMA*

    Sendiri aku menjejak bayangmu
    Berkurun lamanya kita tak bertemu
    Kau berlalu pergi.. terbiar aku sendiri
    Menahan duka di sudut hati

    #
    Cinta .. dengarlah rintih hatiku
    Mengharap belas dan rindu
    Yang prnah dicurah sepenuh hatimu

    Kasih..
    Inikah yg ku rasai
    Pengorbanan tak dihargai
    Menjadi siksaan yang tidak diundang
    Oh ..pedih ..
    Sayangggg …

    Ingatkah lagi kau pernah berkata
    Aku bagai pelita di bawah purnama
    Kini malam sepi
    Tinggal hanyalah memori
    Mungkin cahaya menjelma semula

    Kekasih….

    >> antara ‘lgu tema’ last year! Huhuhu… waaaaaaa .. 🙁

  3. Pada saya ini bukan kes habis madu sepah dibuang.
    She was with him for years dan Saya difahamkan bahawa dia dah memang sakit masa berkahwin (pada saya it takes gut to marry a very sick man in the first place). They had no money, she had to work but he wouldnt let her because of whatever!

    Instead of being grateful for what she ahd done for him all these eyars, he is being vindictive by not agreeing to the application.

    Nak apa sebenarnya? Nak hold on to what? Nak gantung tak bertali? Apa yang dapat selain kepuasan sendiri but pada masa yang sama menzalimi your wife? As a man/husband, he had no capacity and means to provide his wife nafkah zahir dan batin. So?

  4. kalau niat nk bekerja untuk membantu suami apa salahnya kan..lagi lah pahala..tapi susah gak lah..suami tk bagi plak..menghadap pun bukannya kenyang hehe….so harus lah ada tolak ansur dlm kehidupan bersama dan bantu membantu..time senang bersama..susah pun ler..tak gitu..bukan senang hidup berumahtangga ni..tapi kalau kita ikut landasan yg betul insyaallah…

  5. ARKIB : 02/12/2008
    Kes Erema-Seri Bayu 12 Jan.

    Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

    PETALING JAYA 1 Dis. – Penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad atau Erema yang menuntut cerai daripada suaminya, penulis lirik Seri Bayu, masing-masing dinasihati Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik peguam syarie untuk mewakili mereka pada 12 Januari depan.

    Ketika kes disebut pada pukul 9.25 pagi, Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaluddin Sulik, 43, yang duduk di atas kerusi roda, tampil ke hadapan hakim syarie, Ghazali Ahmad dengan disorong oleh seorang wanita iaitu, keluarga angkatnya. Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nita berdiri di samping Seri Bayu pada prosiding yang berlangsung tidak sampai 10 minit.
    Erema, 25, pula selaku plaintif kelihatan tergesa-gesa masuk ke bilik perbicaraan kira-kira tiga minit kemudian.

    Hakim bertanya, bagaimanakah mahkamah hendak berkomunikasi dengan Seri Bayu yang mengidap penyakit saraf motoneuron.

    Nita kelihatan berkata sesuatu kepada penulis lirik lagu berjudul Kau Lilin Cintaku yang dipopularkan, penyanyi Francesca Peter dan lagu dendangan Anita Sarawak berjudul Cintamu Muzik Di Hatiku.

    Hakim syarie, kemudian bertanya lagi: ”Ada kamu terima saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan oleh plaintif. Setuju atau tidak dengan pernyataan tuntutan (cerai) tersebut,” soal hakim kepada defendan.

    Seri Bayu sayup-sayup kedengaran memberitahu hakim tetapi butirannya tidak jelas.

    Nita kemudiannya mengesahkan Seri Bayu yang telah menerima saman tetapi tidak bersetuju dengan tuntutan isteri untuk bercerai.

    Jika situasinya begitu, ujar Ghazali, mahkamah menasihati Seri Bayu supaya memfailkan pernyataan pembelaan terhadap permohonan dan dakwaan plaintif.

    ”Mahkamah juga menasihati plaintif serta defendan supaya mendapatkan khidmat peguam syarie masing-masing untuk mewakili mereka pada prosiding akan datang.

    Erema telah mengemukakan permohonan untuk bercerai menurut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

    Sejurus prosiding ditangguhkan, Erema yang ditemui di luar mahkamah mendakwa, dia nekad mahu bercerai dengan Seri Bayu kerana tiada persefahaman dan sudah tidak ada lagi perasaan kasih sayang terhadap suaminya itu.

    ”Yang tinggal hanyalah perasaan simpati. Saya sudah tidak boleh menerimanya lagi dan cukuplah ikatan serta hubungan kami berakhir di sini. Walaupun sudah tawar hati namun saya tetap menjaga maruahnya dan tidak akan memburuk-burukkan dirinya seperti yang dia lakukan terhadap saya. Dia mendedahkan cerita yang tidak baik tentang diri saya kepada rakan-rakan wartawan,” kata Erema.

    ”Lagipun saya minta cerai sebab dia (Seri Bayu) pernah berjanji dan menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya, beberapa minggu selepas Hari Raya. Dalam SMS itu dia kata yang dia akan melepaskan saya dengan cara baik. Tetapi hari ini di mahkamah, dia tidak setuju pula malah katanya dia tidak akan menceraikan saya,” dakwa Erema.

    ….hmmm …..

  6. snang jer,kalau anda lelaki mestilah sokong lelaki,kalau anda wanita,mestilah sokong wanita. mcm kes abby amek peguam wanita-dia tahu yg lelaki tak akan faham perasaan wanita…

  7. Apepe pun harap dorang dpt selesaikan hal ni dgn baik…Knape ye..bila dh tak ade rasa kasih dan cinta jln yg slalu d pilih adalah penceraian ?? Sedihnyeeee…… Takut memikirkan klu benda ni berlaku kat diri aku sendiri… YA ALLAH..mintak simpang….

  8. no komen.aper2x pun..harus, erema mintak cerai dri bayu sebab dia tak mampu beri nafkah dari zahir mahu pun batin.Bayu pun harap2 fahamlah.Kasihan erema dia masih muda,bayu kau pulanglah kembali tempat keluarga kandungmu…kalau mereka tak terima.pujuklah mereka,mintak maaf kat mereka.banyak2x sembahyang..dan berdoa.walaupun tak dapat gerak sembahyng atas kerusi pon boleh janji ambil wuduk dan niat sembahyang.nenek saya walaupun pakai kerusi roda sebab urat kaki dia kena ambik untuk simpan kat dada dia untuk jantung.dia da tak boleh berdiri,bukan disebabkan pasal urat kaki kena ambik dia dah tua dan tak tahan sakit sebab tu dia duduk kat kerusi roda.wlupun begitu sembahyang dia tak pernah tinggalkan.kami semua syg kat nenek kite..huhuuu

  9. Tul tu NITA … + dua2 kna trima HAKIKAT KHIDUPAN .. stiap kjadian ada hikmahnya. Hidup ni ada manis, pahit, masam, manis, kelat, pedas, tawar.. klau slalu je manis, leh kna diabetes tu! Hik!
    *WHI lani ada kes ni. Cian Erema..

    Errr … ni NITA yg tlg tolak wheelchair Sri Bayu tu ke? 🙂

  10. hmmm..dlm kes ni memg kita nmpak mcm erema jgn kejam..
    tp kita xtau hal disebaliknye…
    hanya mereka dan tuhan yg tau…
    bukan mudah nk bersabar…erema pun manusia biasa…
    actually, dlm islam pun memg erema leh tuntuk fasakh kan…
    yelah suami dh xmampu nk beri nafkah…

  11. mmg btl kata Mr.
    kesian erema..aku skong tndakan erema untuk mnuntut fasakh ngan SB….
    itu adalah jalan yang terbaik buat mereka..
    apa2 pun kta tggu & lihat je la cmana pkembgn kes mereka ni

  12. ‘Ssungguhnya saat yg terindah hanyalah sementara…
    Yg trpahat dlm diri hnya knangan dan nestapa…
    Tak rela ku turutkn hati mnyesali apa trjadi..
    Andainya bgitu suratan yg trtulis di azali…’

  13. HAI SERI BAYU.. DAH KENA SAKIT SAMPAI DUDUK KERUSI RODA PUN MASIH TAK INSAF2 LAGI… BERTOBAT LAH…
    JANGANLAH NAK TAMBAH DOSA DGN MEMFITNAH ISTERI AWAK TU !!

    AWAK PUN BUKANNYA LELAKI BERHARTA, BERDARJAT.
    THE 1st TIME BILA I DPT TAU SHE MARRIED TO U..
    NI POMPUAN BTOL KE TAK KAHWIN DGN LELAKI YG DAH SAKIT !
    MUKA LAWA KAHWIN DGN LELAKI MUKA TUA…

    PADAHAL BANYAK LELAKI YG LAGI MULIA AHLAK, RUPA, BERKEDUDUKAN DARI KAMU ENCIK BAYU..
    KALO DIA JENIS POMPUAN MATA DUITAN…
    SIANG2 LAKI ORANG YG KAYA eg: DATUKs , TAN SRI..
    DIA BOLEH MENJALINKAN HUBUNGAN. ARTIS MUDA BERGETAH LAGI !
    TAPI KERANA APA DIA PILIH KAMU ENCIK BAYU …?

    KERANA APA???? KERANA DIA IKHLAS NAK JADI ISTERI KAMU !

    BERHENTI LAH JADI MANUSIA YANG MUNAFIK !
    HENTI LAH BUAT TOHMAHAN YG BUKAN2..
    BERTOBAT LAH PADA ALLAH SWT SELAGI HAYAT MASIH ADA…

  14. myMetro >> Mutakhir

    MAHKAMAH : Seri Bayu Tidak Setuju, Kes tuntut Cerai Isteri
    Oleh Mohd Sabran Md Sani

    PETALING JAYA: Penu lis lirik terkenal era 80-an dan 90-an, Jama ludin Sulik, atau lebih dikenali dengan nama pe nanya, Seri Bayu, tidak ber setuju permohonan tuntutan cerai dikemukakan isterinya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad (Erema).

    Pengakuan itu dibuat Seri Bayu, 43, sebaik prosiding terhadap permohonan dikemukakan Erema, 25, disebut kali pertama di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, pagi semalam.

    Sebaik kes disebut kira-kira jam 9.20 pagi, Seri Bayu yang ditanyakan Ghazali berhubung tuntutan dikemukakan Erema hanya menggelengkan kepala sebagai tanda tidak bersetuju dengan tuntutan berkenaan.

    Ketika prosiding berlangsung, Seri Bayu yang berkerusi roda terpaksa menggunakan khidmat seorang wanita yang mengakui keluarga angkatnya untuk menerangkan setiap patah perkataan dituturkan kerana tidak sihat.

    ##X faham knapa SB x nk lepaskn E sdgkn dia gak yg duk crita kt org yg E pkul/dera n curang .. so ????

  15. saya setuju erema minta cerai. dia pun dah banyak berkorban menjaga suaminya selama ini. dalam islam pun membenarkan pihak isteri berpisah daripada pihak suami atas sebab-sebab yang dibenarkan (rujuk fekah).

    semoga erema tabah.

  16. tp suaminya tu kan sakit..siapa yang dia ada selain isterinya..patut ke seorang isteri meninggalkan suami saat mcm ni???

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dato’ Siti Nurhaliza Dalam Drama Spa Q 2

THE WEDDING OF THE YEAR