in , ,

Kes Saman Fitnah Siber, Abu Syafiq Akui Tidak Suka Saman Menyaman

Lagi mengenai kes saman fitnah siber antara penceramah bebas Ustaz Abu Syafiq, bersama pengacara dan personaliti televisyen terkenal iaitu Amin Idris di mahkamah.

Ustaz Abu Syafiq memuat naik sebuah foto di akaun Instagramnya bersama para peguam yang mewakili tuntutan kes saman fitnah terhadap Amin Idris, di luar pintu mahkamah bersama kapsyen yang cukup menarik. Dalam kapsyen yang dimuat naik itu, Ustaz Abu Syafiq menyatakan bahawa diri beliau tidak suka menyaman mana-mana pihak, tetapi lain pula ceritanya jika diri beliau dilemparkan dengan fitnah yang tidak benar maka tindakan harus diambil bagi melawan fitnah yang dilemparkan itu.

“Saya sebenarnya tidak suka saman menyaman mana-mana pihak. Ikhlas jujur saya cakap ni.

– Abu Syafiq

Sebelum-sebelum ini pun apabila ada pihak yang mengkritik saya secara beradab, walaupun tidak tepat hujahan mereka saya ok sahaja. Paling tegas pun saya jawab balik hujahan mereka dengan ilmiah, itu saja”

Sebaiknya Selesaikan Luar Mahkamah Tapi Degil Juga

Menurut Ustaz Abu Syafiq, sebelum ini beliau telah berusaha menghubungi pemfitnah berkaitan hal ini untuk menyelesaikannya tanpa sebarang tindakan mahkamah tetapi ianya tidak berjaya dan terpaksa bawa kes ke mahkamah.

“Apabila melibatkan fitnah, akaun palsu, disunting dan diedit serta pelbagai teknik jahat lain bertujuan dengan niat menjatuhkan reputasi dengan cara tidak adil maka saya TERPAKSA ambil tindakan mahkamah demi kebaikan dakwah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang saya bawa.

Saya sendiri berusaha menghubungi pemfitnah-pemfitnah agar hal terkait itu, diselesaikan tanpa apa-apa tindakan mahkamah. Ada yang terima, namun sedikit sahaja yang berdegil keras kepala mahu menegakkan fitnahnya”

– Abu Syafiq

Mahu Tubuhkan Persatuan Anti Buli Siber

Dalam kapsyen tersebut Ustaz Abu Syafiq juga menyatakan hasratnya untuk menubuhkan persatuan bagi mencegah buli siber, bagi melawan fitnah di zaman media sosial seperti sekarang ini.

Apa-apapun semoga kes saman fitnah antara Ustaz Abu Syafiq dan pengacara Amin Idris ini dapat diselesaikan dengan baik dan tidak berpanjangan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marsha Akhirnya Jawab Spekulasi, Dedah Alasan Rahsiakan Dirinya Positif COVID-19

Maki Hamun Catriona Ross, Suhaimi Saad Tak Setuju Ulasan Balik Kampung Ketika PKP