in ,

Kes Fitnah Siber, Naz Carpentry Failkan Jawapan Kepada Pembelaan Awal Ashaari

Naz Carpentry telah memfailkan permohonan ketepikan pembelaan defendan Awal Ashaari dan permohonan pembelaan pengacara TV tersebut terhadap tuntutan yang dibuat mereka.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, planitif Naz Carpentry bertindak setelah Awal Ashaari menuntut ganti rugi dari syarikat tersebut kerana didakwa gagal menjalankan kerja pengubahsuaian di kediamannya.

“Naz Carpentry membalas pembelaan Awal Ashaari dan memfailkan pembelaan tersebut melalui firma guaman, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, Advocates And Solicitors minggu lepas,” kata Saiful Ridzuan yang juga pengurus krisis Naz Carpentry dari Saiful Ridzuan Public Relations And Communications.

Dalam tuntutan yang dibuat mereka pada 13 November 2020, Naz Carpentry memfailkan tuntutan saman fitnah bernilai RM3 juta terhadap Awal Ashaari yang juga seorang pengacara dan dua individu yang lain kerana didakwa mencemarkan imej, jenama dan reputasi syarikat dan pemiliknya itu melalui kempen media sosial menjatuhkan reputasi mereka berhubung dengan kerja pengubahsuaian di kediaman baru defendan Awal Ashaari.

Naz Carpentry mendakwa bahawa pengacara itu telah menyerang reputasi syarikat dan pemiliknya melalui beberapa posting berita palsu dan fitnah di akaun media sosial beliau dari November 2019 hingga November 2020.

Sementara itu, peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan berkata bahawa anak guamnya tidak takut dengan tuduhan defendan.

“Dengan tuntutan anak guam kami terhadap Awal Ashaari, Naz Carpentry kini berada di landasan yang tepat untuk memulihkan reputasi mereka. Anak guam kami tidak akan dibuli dan kami menunggu jawapan peguam defendan.

“Berkenaan tuntutan balas Awal Ashaari berjumlah RM750,000, anak guam yakin dan percaya bahawa kos tersebut langsung tidak terhutang oleh anak guam,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Program Terbaharu Sepanjang Februari Ini di TV Okey

Menangis Kegembiraan, Selain Beri Bantuan, Ebit Lew Islamkan Satu Kampung Di Sabah