in , ,

Kerana BOOMBAYAH BLACKPINK Artis Korea Pertama Capai 3 MV dengan 1 Bilion Tontonan

BLACKPINK memang tak penat mencipta rekod setiap kali bernafas, hebat betul!

Terbaru, video muzik “Boombayah” yang juga merupakan lagu ketiga debut mereka telah pun meraih tontonan sebanyak 1 bilion di laman penstriman YouTube. Rekod ini berjaya dicipta selepas 4 tahun, 2 bulan, 4 hari dan 12 jam selepas ia diriliskan untuk tontonan semua.

BLACKPINK

Lebih menakjubkan kerana ini adalah video muzik ketiga kumpulan itu selepas mereka mencapai rekod yang sama dengan “DDU-DU DDU-DU” dan “Kill This Love” sebelum ini. Ini menjadikan mereka sebagai satu-satunya artis Korea dengan pencapaian yang hebat ini di mana 3 video muzik mereka melepasi garis tontonan tersebut.

Semoga makin banyak lagi rekod yang akan diciptakan oleh BLACKPINK selepas ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Panduan Mulakan Perniagaan Dari Rumah Dalam REZEKI DARI RUMAH

Konsert Gegar Vaganza 7 Tanpa Penonton Sepanjang PKPB