in

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Melodi 2013

[dropcap]S[/dropcap]aban tahun, Melodi Raya mengadakan rumah terbuka gilang-gemilang dan penuh kemeriahan di lokasi terkemuka. Budiey tengok, ramai betul artis yang datang. Tak kiralah, artis lama, artis baru, artis popular, artis sendu, semua ada. Tahun ini, Melodi Raya 2013 tampil kelainan dengan memperkenalkan Anugerah Melodi 2013 yang meraikan penggiat seni menerusi 6 anugerah iaitu Artis Dinamik, Artis Lelaki Pilihan, Artis Wanita Pilihan, Artis Sensasi, Pasangan Pujaan dan Anugerah Khas Melodi. Melodi Raya dihoskan oleh pasangan duo, Zizan Razak dan Awal Ashaari serta menampilkan Raja Azura sebagai hos jemputan.

[pullquote align=”right”]Tahniah buat semua pemenang Anugerah Melodi 2013![/pullquote]

Penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza tetap menjadi pilihan nombor satu peminat apabila dipilih untuk memenangi kategori Artis Wanita Pilihan di Anugerah Melodi 2013.

Anugerah di mana kuasa mengundi terletak sepenuhnya di tangan penonton ini berlangsung seiring dengan program Melodi Raya yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Anugerah Melodi yang julung kali diperkenalkan menyaksikan lima kategori dipertandingkan iaitu Artis Dinamik, Artis Wanita Pilihan, Artis Lelaki Pilihan, Pasangan Pujaan dan Artis Sensasi.

Bekas pengacara Melodi, Fauziah Ahmad Daud muncul sebagai penerima Anugerah Khas Melodi di mana anugerah ini tidak melalui proses pengundian tetapi ditentukan oleh penjurian dari pihak produksi dan pengurusan Media Prima.

Senarai penuh pemenang Anugerah Melodi 2013:

1. Artis Dinamik – Zizan Razak

Kriteria: Mempunyai pencapaian baik dalam karier. Populariti yang semakin meningkat dan pernah memenangi sebarang anugerah serta menerima banyak tawaran drama, filem dan persembahan konsert. Artis cemerlang dalam kerjaya yang menarik perhatian! Dialah yang paling dinamik!

2. Artis Wanita Pilihan – Dato’ Siti Nurhaliza

Kriteria: Menarik perhatian di persada seni tempatan. Artis popular masa kini yang menjadi kegemaran dan sanjungan baik dari segi pencapaian dalam industri seni. Mempunyai cara, stail dan perwatakan peribadi yang terbaik!

3. Artis Lelaki Pilihan – Remy Ishak

Kriteria: Berketrampilan yang menarik perhatian. Bukan sekadar hebat dalam karier seni, malah menjadi idola dan ikutan ramai. Lelaki yang macho, bergaya, tampan dan maskulin!

4. Pasangan Pujaan – Awal Ashaari dan Scha Al Yahya

Kriteria: Pasangan suami isteri yang berkecimpung dalam dunia seni dan menjadi idola ramai masa kini. Menampilkan keserasian dalam perhubungan dan rumah tangga. Mereka kekal intim walau di mana sahaja dan tetap romantik di khalayak umum.

5. Artis Sensasi – Adi Putra

Kriteria: Dia sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera. Ada sahaja cerita daripada media dan perkembangan darinya sentiasa menjadi topik hangat!

6. Anugerah Khas Melodi – Fauziah Ahmad Daud

Tahniah!

Melodi Raya

remy ishak

Artis Lelaki Pilihan – Remy Ishak

Melodi Raya

Melodi Raya

Melodi Raya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Zizan Punca Pengambaran Cicakman 3 Ditunda?

Senarai Peserta 12 Finalis Projek 3R