in

Keputusan Pemenang Pentas Akhir Adik-Adikku Musim Ketiga

PENTAS AKHIR PROGRAM REALITI ADIK-ADIKKU MUSIM KETIGA – TERBITAN JAKIM DAN RTM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Pertandingan Peringkat Akhir program realiti ”ADIK-ADIKKU” yang bersiaran secara langsung melalui RTM 1 dari Dewan Plenari, PICC pada 18 Mac 2012 lalu bermula pada jam 9.00 hingga 11.00 malam. Majlis ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidun.

Johan (RM10,000) berserta hadiah iringan, sijil dan trofi
Murabbi: Ustaz Muhamad Zarifi Mohamad Daud
Peserta: Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi

Naib Johan (RM8,000) beserta hadiah iringan, sijil dan trofi
Murabbi: Ustaz Ahmad Badrul Sani Baharudin
Peserta: Nur Khairah Afiqah Metamit

Tempat ketiga (RM3,000) beserta hadiah iringan, sijil dan trofi
Murabbi: Ustaz Muhamad Zarifi Mohamad Daud
Perserta: Muhammad Iqbal Zahin Mustafa Kamal

Tahniah kepada semua peserta. Kalah menang adat pertandingan. Teruskan bakat yang ada dalam menyampaikan dakwah kini dan masa akan datang.

Keputusan Pemenang Pentas Akhir Adik-Adikku Musim Ketiga

JAKIM dengan kerjasama RTM telah berjaya menerbitkan satu rancangan realiti TV kanak-kanak iaitu “ADIK-ADIKKU”. Dengan penonton bagi Pentas Akhir Adik-adikku Musim Pertama yang bersiaran secara langsung di RTM 1 seramai 948,000 orang, manakala Musim Kedua mencapai 1,372,033 orang dan siaran ulangannya mencecah 723,988 orang, maka JAKIM dan RTM telah berhasrat untuk bersiaran buat yang ketiga kalinya pula.

Rancangan berkonsepkan hiburan dan pendidikan ini akan mengetengahkan bakat seramai 13 orang penda’ie kecil yang menunjukkan kebolehan mereka dengan berpidato yang disulami tarannum, nasyid, bacaan surah-surah dari Al-Quran dan sebagainya.

Buat pertama kalinya rancangan ini mendapat penyertaan dari Negara Brunei Darussalam. Penda’ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dari para Murabbi antaranya Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud (Jakim), Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim (UKM) dan Ustaz Badrul Sani Baharudin (Murabbi Adik-Adikku musim 1&2) manakah Raesah ialah Ustazah Asni Abu Mansor (Personaliti TV).

Rancangan “ADIK-ADIKKU” ini diyakini setanding dengan rancangan realiti sedia ada yang bertujuan membentuk karisma kepimpinan kanak-kanak sebagai pemimpin masa hadapan.

Justeru untuk melihat masa depan yang cemerlang, maka lihatlah generasi hari ini. Program Adik-Adikku mampu menjadi wadah pembinaan generasi pemimpin gemilang di masa akan datang. Beberapa sesi ujibakat telah diadakan di seluruh Malaysia bagi mencari 13 peserta yang berbakat. Peserta-peserta dikumpulkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) selama 5 minggu untuk mengikuti pelbagai latihan yang diatur oleh Raesah dan Murabbi.

Pertandingan ini diadakan secara berperingkat iaitu pusingan pertama, suku akhir, separuh akhir serta pertandingan akhir dan persembahan mereka dinilai oleh juri-juri profesional. Peserta yang memberikan persembahan kurang memuaskan akan dilepaskan daripada menyertai pertandingan berikutnya tetapi akan terus kekal di Akademi. Peringkat wild card diadakan pada 11 Mac 2012 bagi mempertandingkan 10 peserta yang tersingkir di peringkat awal. Hanya prestasi dan penilaian juri akan menentukan 2 orang peserta terbaik untuk bertanding bersama 3 peserta lain di Peringkat Akhir.

Rakaman ADIK-ADIKKU telah mula disiarkan sejak 8 Februari 2012 yang lalu sepanjang 25 episod, setiap hari Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat pada bulan Februari, manakala bagi bulan Mac siarannya adalah pada hari Ahad, Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat selama 30 minit pada jam 6.30 petang di TV1. Siaran langsung pertandingan akhir ialah pada 18 Mac 2012 jam 9.00 malam bertempat di Dewan Plenari PICC. Ia juga akan disambung siar menerusi IKIMfm selaku Radio Rasmi.

Keputusan Pemenang Pentas Akhir Adik-Adikku Musim Ketiga

Setiap persembahan 5 orang peserta Peringkat Akhir akan dinilai oleh 3 juri profesional 100 peratus. Juri-juri ialah Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail (UM), Puan Norzizi binti Zulkifli (Uitm) dan Dr Abdul Ghafar bin Surib (Jakim).

Penaja Utama Pertandingan Adik-Adikku ialah Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd. Pemenang akan menerima hadiah lumayan berupa wang tunai, piala dan hadiah iringan. Hadiah-hadiah bagi Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga Rancangan Adik-Adikku Musim Pertama ini adalah sebagaimana berikut :

i) Johan:
– Piala Da’ie
– Wang Tunai RM 10,000.00 tajaan Gardenia

– Hadiah Iringan:
– Pakej Umrah & Ziarah untuk 2 orang sumbangan UQ Holidays (M) Sdn Bhd

– Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional sumbangan YaPEIM

– Internet Jalur Lebar Celcom dan Langganan selama setahun Sebuah

– Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

– Set Pen Al Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd

– Baucer bernilai RM 1000 sumbangan Closet Heart

– Baucer bernilai RM 500 sumbangan Hilyah Designs Sdn Bhd

– Buku-buku terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dan Langganan Majalah Asuh selama setahun

– Buku-buku terbitan PTS

– Buku-buku terbitan GS Adiwarna

– Sijil Penyertaan

ii) Naib Johan:
– Piala
– RM 8,000.00 tajaan Gardenia

– Hadiah Iringan:

– Pakej Umrah untuk 2 orang sumbangan UQ Holidays (M) Sdn Bhd

– Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional sumbangan YaPEIM

– Internet Jalur Lebar Celcom dan Langganan selama setahun Sebuah

– Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

– Set Pen Al Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd

– Baucer bernilai RM 800 sumbangan Closet Heart

– Baucer bernilai RM 300 sumbangan Hilyah Designs Sdn Bhd

– Buku-buku terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dan Langganan Majalah Asuh selama setahun

– Buku-buku terbitan PTS

– Buku-buku terbitan GS Adiwarna

– Sijil Penyertaan

iii) Tempat Ketiga:

– Piala
– RM 6,000.00 tajaan Gardenia

– Hadiah Iringan:

– Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional sumbangan YaPEIM

– Internet Jalur Lebar Celcom dan Langganan selama setahun Sebuah

– Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

– Set Pen Al Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd

– Baucer bernilai RM 500 sumbangan Closet Heart

– Baucer bernilai RM 200 sumbangan Hilyah Designs Sdn Bhd

– Buku-buku terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dan Langganan Majalah Asuh selama setahun

– Buku-buku terbitan PTS

– Buku-buku terbitan GS Adiwarna

– Sijil Penyertaan

* FINALIS ( 2 ORANG )

– Piala
– RM 3,000.00 tajaan Gardenia

– Hadiah Iringan:

– Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional sumbangan YaPEIM

– Internet Jalur Lebar Celcom dan Langganan selama setahun Sebuah

– Sebuah Komputer Riba sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

– Set Pen Al Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd

– Buku-buku terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dan Langganan Majalah Asuh selama setahun

– Buku-buku terbitan PTS

– Buku-buku terbitan GS Adiwarna

– Sijil Penyertaan

Hadiah Penyertaan untuk semua peserta

1. Wang tunai berjumlah RM 1,500.00 setiap seorang sumbangan Gardenia

2. Wang tunai berjumlah RM 1,000.00 setiap seorang sumbangan YaPEIM

3. Internet Jalur Lebar Celcom dan Langganan selama setahun Sebuah

4. Langganan Majalah ASUH selama 6 bulan tajaan Galeri Ilmu Sdn Bhd

5. Set Pen AL Quran Digital sumbangan Iqra’ Pintar Sdn Bhd

6. Baucar pakaian bernilai RM 270 sumbangan Closet heart

Hadiah Untuk JOHAN Murabbi:

– Wang Tunai berjumlah RM 5,000 tajaan Gardenia, beserta piala dan Sijil

– Sebuah Tablet sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

– Buku-buku terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dan Langganan Majalah ANIS selama setahun

Hadiah Untuk NAIB JOHAN Murabbi:

– Wang Tunai berjumlah RM 4,000 tajaan Gardenia, beserta piala dan Sijil

– Sebuah Tablet sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

– Buku-buku terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dan Langganan Majalah ANIS selama setahun

Hadiah Untuk TEMPAT KETIGA Murabbi:

– Wang Tunai berjumlah RM 3,000 tajaan Gardenia, beserta piala dan Sijil

– Sebuah Tablet sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

– Buku-buku terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dan Langganan Majalah ANIS selama setahun

Hadiah Untuk Ra’esah:

– Wang Tunai berjumlah RM 3,000 tajaan Gardenia, beserta piala dan Sijil

– Sebuah Tablet sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan

– Buku-buku terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd dan Langganan Majalah ANIS selama setahun

Keputusan Pemenang Pentas Akhir Adik-Adikku Musim Ketiga

Pada 1 Mac 2010 yang lalu, bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Rais program ini iaitu Encik Farihin Abdul Fattah telah mengumumkan 7 orang peserta yang layak untuk memasuki peringkat akhir program ”ADIK-ADIKKU” pada 18 Mac 2010 tersebut. Peserta yang layak ke peringkat akhir terdiri daripada 4 orang lelaki dan 3 orang perempuan iaitu Amin Al-Hadi b Ab. Hadi, Nur Syafiqah Mohd Paris, Muhammad Qayyim Nizar b. Sarimi, Muhammad Wajih Zakwan B Hanif, Nurul Syazwina Mohd Sukri, Muhammad An-Naim Yasim dan Nor Syamira Liana Nor Ashaha.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Projek Hati Nurani Program Sekolah Dalam Hospital

Sinopsis Drama Tiga Janji