in , , ,

Keputusan Pemenang Hits 1 Final & Tahniah Ramlah Ram Ketentuan

Semalam, 23 Mac 2008 jam 9 malam, bertempat di Stadium Negara telah berlangsung Hits 1 Akhir bagi musim ke-5. Dihoskan oleh E’one atau nama sebenarnya Mohd Syazwan Roslan, Nabila Huda Suhaimi (anak Amy Search yang makin petah berbicara), Mohd Khardinie atau Danny yang dah sebati dengan watak Din JJ dan Nasreen Ngasri yang cantik manis. Mempertandingkan 10 buah lagu paling popular yang mendapat undian terbanyak dalam setiap pusingan semasa carta mingguan, penonton juga dihiburkan oleh barisan penyanyi undangan seperti Jaclyn Victor, David Alleycats, Adibah Nor, Daniel, Shawal dan Afiq.

Hits 1 Final diadili oleh juri profesional iaitu YBHG. Dato’ Johari Salleh, penyanyi Janji Manismu; Aishah, komposer ternama; Fauzi Marzuki, Boon Tan dan diketuai oleh YBHG Dato’ Mohkzani Ismail.

Persembahan terbaik membawa pulang wang tunai RM5,000, Lagu Paling Popular menerima wang tunai RM10,000, Lagu Terbaik pula menggondol wang tunai RM25,000 dan tempat kedua pula hanya mampu menerima wang tunai RM20,000. Banyak betul hadiah diorang dapat. Budget besar! Setiap pemenang juga turut menerima trofi dan sijil penyertaan.

Berikut adalah keputusan penuh Hits 1 Final:

Persembahan Terbaik:
Malu Tapi Mahu (Dina)

Lagu Paling Popular:
Joget Lambak (Adam)

Tempat Kedua Hits 1:
Mungkinkah Langitmu Lebih Biru (Mawi)

Juara Hits 1 Musim Ke-5:
Ketentuan (Ramlah Ram)

Tahniah kepada semua pemenang! Yang menariknya, kemenangan lagu Joget Lambak nyanyian Adam mengalahkan Raja SMS; Mawi. Adakah kekalahan Mawi di tangan Adam menggambarkan kesuraman sokongan dari peminat untuk Mawi atau adakah peminat sudah bosan dengan Mawi. Mahu melihat lagi kesannya, kita tunggu Anugerah Bintang Popular pada 30 Mac ini! Adakah kubu kekuatan aura Mawi terus teguh? Apa kata anda?

[tags]mawi kalah, adam joget lambak, gambar hits 1 final, lirik ketentuan ramlah ram, show dina, result F1, show all4one, bukit bintang[/tags]

adam af

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Budiey Mencari 5 Pembaca Bertuah ke Pra Tonton Filem CONGKAK

TV3 A DARKER AND EDGIER THEME FOR APRIL’S PANGGUNG SABTU!