in

Kejutan Atas Kejutan Da’i Pendakwah Milenia Musim Ketiga

Ahad lalu, lima anak didik Murabbi Ustazah Dr. Robiah K. Hamzah iaitu kumpulan An-Nisaa’ telah membuat persembahan di minggu kedua Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga dengan tema “Lelaki”.

Lima peserta daripada kumpulan An-Nisaa’ iaitu Da’i Izzlyn, Da’i Hidayu, Da’i Syailah, Da’i Syuhada dan Da’i Hamidah juga tidak kurang hebat apabila berjaya menampilkan tazkirah dengan yakin dan bernas untuk pertama kali di atas pentas siaran langsung Da’i musim ini yang dipancarkan oleh D’herbs ini.

Dex_4817

Selaku mursyid yang memantau keseluruhan prestasi peserta, Datuk Ustaz Kazim Elyas, menyatakan beliau tidak menyangka peserta menunjukkan peningkatan dan penghayatan yang sangat baik sewaktu persembahan siaran langsung sedangkan sewaktu sesi latihan ada yang kelihatan sangat gugup dan tidak bersedia.

Ianya turut diperakui juga oleh para juri tetap iaitu Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Ustaz Sharhan Safie serta juri jemputan iaitu Ustaz Dr. Izzhar Arif di mana kesemua peserta musim ketiga ini sudah mantap dari segi keyakinan mereka.

Walaubagaimanapun, peserta paling muda untuk musim ini iaitu Da’i Syailah atau nama sebenarnya Nur Ainun Syailah binti Kamaruzaman menjadi peserta kedua pilihan murabbi mereka untuk meninggalkan pentas Da’i pada malam itu.

Da’i Syailah akur dengan keputusan ini tetapi beliau akan terus mengorak langkah dan tidak akan berhenti untuk menjadi pendakwah. Satu kejutan di akhir rancangan apabila Da’i Ariffin mengumumkan untuk menarik diri dan mengamanahkan Da’i Hilman untuk meneruskan perjuangannya.

Keputusan untuk menarik diri dibuat setelah menerima tawaran untuk menyambung pengajiannya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pemarkahan pada musim ini peserta dinilai secara individu oleh juri professional sebanyak 70% markah, 20% oleh juri awam manakala 10% lagi markah melalui Taswit iaitu juri sosial media. Antara tetamu jemputan yang duduk di kerusi juri awam pula adalah Da’i Faizal, Da’i Amirah, Fikhrie Bakar Hazrena (WHI), dan Uyaina (Nona Manis).

Berikut adalah butiran lanjut mengenai para peserta dan topik-topik yang disampaikan pada minggu kedua persembahan:

Jika anda ketinggalan untuk menonton persembahan kelima-lima Da’i ini, anda boleh mengikuti siaran ulangannya pada hari Jumaat pada jam 10 pagi di TV3, saluran 103.

Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga ini turut memaparkan video-video eksklusif menerusi skrin kedua di laman rasmi Da’i iaitu www.tv3.com.my/dai di mana dan anda juga boleh membuat undian Taswit untuk peserta kegemaran anda sewaktu persembahan berlangsung.

Jangan lupa saksikan Da’i Pendakwah Milenia musim bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MTV Siar The Daily Show With Trevor Noah

Ascott Strengthens Lead In Malaysia With Its First Property In Miri