in , ,

KASIH TAK TERUNGKAP Antara Saharul Ridzwan & Sharifah Husna

Drama bersiri “Kasih Tak Terungkap” gandingan Saharul Ridzwan dan Sharifah Husna antara yang terbaik dijanjikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam pilihan program yang bersiaran di TV Okey ketika ini.

Menemui penonton setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 4.00 petang, siri kekeluargaan menuntut pengorbanan ini turut dibintangi oleh Halim Radzi, Riena Diana, Iswan Ismail, Munaa Bella, Syakilah Rahmat, Noralbaniah, Silfeny Osman, Maria Wati, Numan Mohd Salleh, Eliza Mustafa, Rizky Latif, Norazlina Ismail, dan Sham Visa.

Dalam 20 episod siarannya, drama ini membawa kisah Ian yang dipaksa ibunya Datin Sarah untuk bertunang dengan Lisa, anak kepada rakan perniagaan syarikat ayahnya Datuk Ismail. Meskipun tidak setuju dengan cadangan itu Ian pura-pura menerima seadanya. Ian masih berharap kepada kekasih lamanya, Zahra. Teman baiknya Saiful menasihati Ian melupakan Zahra dan memulakan hidup baru dengan Lisa.

KASIH TAK TERUNGKAP Antara Saharul Ridzwan & Sharifah Husna
KASIH TAK TERUNGKAP Antara Saharul Ridzwan & Sharifah Husna

Di Pulau Pinang pula Sofea ditawarkan untuk bekerja sebagai penulis novel di sebuah syarikat. Sofea rasa teruja namun perlu meyakinkan ibunya, Puan Rubiah. Pada masa sama Sofea gembira novelnya diterima ramai dengan bantuan kawan rapatnya Faisal. Sofea kemudiannya menghadiri temuduga di Kuala Lumpur namun terkejut syarikat tersebut bukan syarikat penerbitan sebaliknya dia ditawarkan oleh Ian untuk menulis dan menghasilkan novel inspirasi daripada percintaan Ian dengan Zahra.

Ian memberikan tempoh sebulan untuk Sofea menyiapkan novel tersebut. Sepanjang menulis cerita tentang perjalanan cinta Ian dan Zahra, Sofea dapat merasakan dirinya dekat dengan Ian namun perkara itu hanya disimpan dalam hati. Ian bercerita tentang keperibadian Zahra yang mulia menjadi guru mengaji anak-anak di masjid. Sofea mengagumi peribadi Zahra dan berharap dapat bertemunya.

KASIH TAK TERUNGKAP Antara Saharul Ridzwan & Sharifah Husna
KASIH TAK TERUNGKAP Antara Saharul Ridzwan & Sharifah Husna

Sementara itu Ian berjaya meyakinkan keluarganya dan Lisa untuk menangguhkan pertunangan mereka dengan alasan akan sibuk fokus pada projek tender yang sedang diuruskannya. Lisa berprasangka Ian ada hubungan dengan Maryam, pekerjanya. 

Dalam diam Lisa berkomplot dengan ayahnya Dato’ Shamsul untuk membolot syarikat milik keluarga Ian. Lisa berbaik-baik dengan Dato’ Ismail untuk menagih kepercayaannya. Usahanya berjaya bila Datuk Ismail sendiri lebih mempercayai Lisa menguruskan tender syarikat berbanding Ian yang dilihat lebih memberi tumpuan penghasilan novelnya. 

Puan Rubiah mula curiga dengan keakraban Sofea dengan majikan barunya. Dengan bantuan Faisal dia menyuruh pemuda itu menyelidik siapakah bos Sofea. Dia terkejut kerana mendapati Ian adalah majikan anaknya itu. Bermula hari itu dia mengarahkan Faisal memantau pergerakan Sofea. Faisal yang mencintai Sofea mula berterus-terang tentang perasaannya dan mahu melamar Sofea. Perkara itu dipersetujui Puan Rubiah.

Ian berasa tersisih dan tergugat kedudukannya apabila ayahnya lebih menghormati keputusan Lisa dalam mesyuarat. Ian memaklumkan kepada Maryam agar tidak mendedahkan maklumat sulit berkaitan projek tender kepada sesiapa termasuklah Lisa dan Saiful sebagai langkah keselamatan. Dia curiga dengan keduanya dan Ian mula memberikan fokus utama kepada syarikat. 

KASIH TAK TERUNGKAP Antara Saharul Ridzwan & Sharifah Husna
KASIH TAK TERUNGKAP Antara Saharul Ridzwan & Sharifah Husna

Puan Rubiah terpaksa berterus-terang kepada Faisal tentang hubungan sebenar Sofea Zahra dan Ian Iskandar. Zahra dan Sofea orang yang sama dan Puan Rubiah merahsiakan daripada semua orang setelah anaknya itu hilang ingatan setelah terlibat dalam kemalangan. 

Sebenarnya Puan Rubiah tidak dapat menerima Ian sebagai menantunya disebabkan satu perkara antara dirinya dengan Datin Sarah. Datin Sarah telah menfitnah dirinya semata-mata mahu merampas Datuk Ismail yang juga tunangan Puan Rubiah ketika itu. Dendamnya tetap membara hingga kini.

Ingatan Sofea pulih tiba-tiba dan dia mula keliru dan melarikan diri daripada Ian. Ian pula yang ingin menyelamatkan Sofea telah dilanggar kereta dan lumpuh sementara. Ian mula menjauhkan diri daripada Sofea kerana sedar kekurangan dirinya kini. Lisa pula menunjukan belang sebenar memutuskan hubungan dengan Ian yang hanya berkerusi roda ketika itu. 

Datin Sarah insaf. Rasa berdosanya membawa dia ke Pulau Pinang bertemu dengan Puan Rubiah dan Sofea Zahra untuk meminta maaf dan menyesali perbuatannya. Namun adakah maafnya diterima? Siapakah yang kemudiannya menjadi pilihan Sofea Zahra antara Ian atau Faisal? 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ronnie Hussein Ikut Kata Hati dalam ICSYVMY3

Lee Chong Wei Dedah Ada Pihak Salah Guna Namanya Perdaya Orang Ramai