in ,

Kasih Junjungan dan Forum Perdana Ehwal Islam, Program Khas Maulidur Rasul di TV1

Kurang lebih seminggu lagi tanggal 29 Oktober 2020 dimana seluruh umat Islam meraikan sambutan Maulidur Rasul. Hari bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Pelbagai program dipilih dalam menyuburkan kecintaan terhadap Baginda dan setiap tahun pada hari tersebut, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. 

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Radio Televisyen Malaysia turut berkongsi dua program khas kepada segenap lapisan masyarakat yang disiarkan pada 29 Oktober ini menerusi saluran TV1.

Datuk Nor Hafizah Musa dalam bicarawara Kasih Junjungan di TV1

Menerusi program berkonsepkan bicarawara muzikal diberi tajuk “Kasih Junjungan” pada pukul 10.30 pagi. Ia membawa perkongsian oleh Yang Berbahagia Dato’ Nor Hafizah Musa bersama empat orang pelajar yang sedang menyiapkan tesis, menyelami kisah hidup Rasulullah berserta penampilan kumpulan Hijjaz, Kumpulan Zayein dan Bazli UNIC.

Menyusul program bual bicara agama yang sememangnya tidak asing lagi iaitu “Siaran Langsung Forum Perdana Khas Maulidur Rasul 1442H : Ummah Rabbani Negara Harmoni” bersiaran pukul 9.00 malam.

Bersama-sama moderator Ustaz Nabil Ahmad dan panel jemputan Imam Muda Asyraff, Ustazah Isfadiah Dasuki dan Ustaz Elyas Ismail bakal membincangkan topik berkaitan peribadi dan mukjizat Rasullullah sejak dari zaman kanak-kanak hingga ke tanda-tanda kenabian serta kerasulan baginda. Antara empat sifat terpuji Nabi SAW yang akan dibincangkan ialah Siddiq (Berkata Benar), Amanah (Dipercayai), Tabliq (Menyampaikan) dan Fatanah (Bijaksana).

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kempen Take Your Cat To The Vet Kembali Dengan Sokongan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Maulidul Rasul 1442H Tiba Lagi, Ini Program Menarik di TV AlHijrah