in

Karnival Jom Heboh di Stadium Petrajaya, Kuching Sarawak

TV3 akan mengadakan Karnival Jom Heboh di Stadium Petrajaya, Kuching Sarawak pada hujung minggu ini.

Jom Heboh Sarawak bakal digegarkan dengan siaran langsung Konsert Jom Heboh yang akan diadakan pada hari Ahad (5 Jun 2011) jam 9.00malam dari Pentas Utama, tapak Karnival Jom Heboh di Stadium Petrajaya yang menampilkan artis-artis popular seperti Mas Idayu, Black, Akim, Stacy, 6ixth Sense & Projek Pistol.

Konsert ini akan diacarakan oleh Aidid Marcello dan Adzriefaiz Adzlan (Faiz) dimana negeri Sarawak merupakan lokasi yang kedua dalam siri penjelajahan Jom Heboh edisi 2011 untuk mengadakan siaran langsung Jom Heboh selepas Kuala Terengganu.

Artis-artis yang turun padang ke Jom Heboh Sarawak termasuk para pelakon dari drama Juvana seperti Zahiril Adzim, Irfan Roslan dan Johan Ariff, Nora Danish (Lestary: ANA LU’LU), Danny X Factor dan Allana Amir dari Lagenda: Ahmad Albob Yang Punya, Ana Dahlia (Akasia: Nora Elena), Epul Kumpulan Drama, Salma Mentor 5, Sham (Sarapan), Amat dan Azahari (Bang Bang Boom), Zizan & Dira Abu Zahar (Melodi), pasangan adik beradik Adi dan Ila (Mentor 4), Munir, Azza Elite, Anne Ngasri serta penampilan personaliti TV3 seperti Maria Tunku Sabri, Hazlin Hussain, Hasfizza Aswaty, Hazrena Mohd Kassim, Tabah Syazwan, Norliza Md Zain, Saiful Nizam, Yasir Mansor, Mior Abdul Malek Raiyani Aidid Marcello dan Adzriefaiz Adzlan.

Mentor 5

Salma Mentor

Black

Black

stacy

Stacy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem Attack the Block

AirAsia Support ASEAN Youth Caravan of Goodwill