in , ,

Kantoi Diet, Shaheizy Sam Diperlekeh Isteri Gara-Gara #20Dayschallenge

Siapa tak kenal Shaheizy Sam, pelakon yang sentiasa boleh mengubah bentuk badan mengikut watak lakonan beliau.

Dari seorang pesakit didalam Pinjamkan Hatiku kepada Abg Sado dalam Polis Evo. Baru-baru ini beliau telah mengajak 33 peminat yang terpilih untuk #20DaysChallenge turut sama menurunkan berat badan dalam masa 20 hari kerana dalam sedikit masa lagi beliau akan turun ke set pengambaran Polis Evo 3.

Namun niat Sam untuk menurunkan berat badan kali ini bersama peminatnya diperlekeh isteri beliau pelakon Syatilla Melvin. Syatilla telah memuat naik beberapa video Sam kantoi diet didalam IG beliau.

WhatsApp Image 2019-08-24 at 2.11.09 PM-2

Rata-rata natizen terhibur dengan video yang dimuat naik oleh Tilla. Sam juga meninggalkan komen untuk isteri beliau. 

WhatsApp Image 2019-08-24 at 2.11.09 PM

Walaubagaimanapun Sam tetap kekal positif dan percaya beliau serta 33 peserta #20DaysChallenge akan dapat menurunkan berat badan. 

WhatsApp Image 2019-08-24 at 2.11.19 PM

Sam juga menyatakan penentuan peserta#20DaysChallenge pada 26hb Ogos akan datang. Jom kita ramai – ramai saksikan apa akan terjadi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lamunan Hati Wann Semakin Hampir

Ippo Hafiz Selamat Bergelar Suami Kepada Fara Roslan dengan Sekali Lafaz