in , ,

Kantoi! Betul Ke Agama BTS Sengaja Diwujudkan Haters?

Isu Wujudnya Agama BTS Yang Disebarkan Melalui Telegram. Sejauh Mana Kebenaran Berita Ini?

Sepatutnya bulan Ramadan menjadi bulan di mana umat Islam mencari pahala dan membuat kebaikan. Namun, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mencemarkan kemuliaan bulan ini sebab baru-baru ini telah viral tentang kewujudan ‘agama’ BTS. Menurut satu posting di Twitter, ‘agama’ itu telah disebarkan melalui Telegram dan dikatakan bermula di Indonesia dan juga mula tersebar di Malaysia.

Saluran Telegram ‘Agama BTS’ Tular Di Media Sosial, Army Malaysia Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Difahamkan, ‘agama’ BTS ini wujud sebab ada peminat yang terlalu taksub dengan kumpulan K-POP terkenal iaitu Bangtan Boys atau lebih dikenali sebagai BTS. Kenapa lah sampai macam ni sekali? 

Kecoh di Twitter apabila tularnya satu tangkap layar di mana wujud satu saluran telegram ‘Agama BTS’ yang mempunyai seramai 4,030 ahli di dalamnya. Lebih mengejutkan lagi, apabila individu yang mencipta saluran tersebut membuat ‘rukun agama’ BTS yang sememangnya terpesong daripada agama Islam.

Kantoi! Betul Ke Agama BTS Sengaja Diwujudkan Haters?

Semestinya apabila tular, ia menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet yang rata-rata mengecam tindakan peminat kumpulan terkenal dari Korea Selatan itu.

Tinjauan kami di media sosial mendapati beberapa peminat BTS yang digelar sebagai Army telah memuat naik ciapan yang mengatakan peminat dari Malaysia tidak masuk campur dalam saluran telegram itu. Malah, hanya sekumpulan kecil sahaja yang memasuki saluran itu.

Kantoi! Betul Ke Agama BTS Sengaja Diwujudkan Haters?

Mereka juga menyangkal saluran tersebut dibuat oleh individu yang meminati kumpulan tersebut. Sebaliknya, ia dicipta oleh individu yang cuba untuk merosakkan nama BTS dan Army di Malaysia.

Perkara ini juga telah menimbulkan kemarahan peminat BTS yang lain yang berpendapat obsesi secara berlebihan terhadap artis K-POP tidak sepatutnya berlaku.

Susulan itu, BTS Army telah membuat keputusan untuk menghantar aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana tidak mahu saluran itu tersebar dan biarkan diri mereka terus difitnah.Namun, ada juga yang mengatakan ‘agama’ tersebut telah diwujudkan oleh golongan haters BTS yang berniat mahu memburukkan nama kelab peminat kumpulan K-POP tersebut yang dikenali sebagai Army. Kalau ya pun benci Army, tak perlu lah buat macam ni. 

Kantoi! Betul Ke Agama BTS Sengaja Diwujudkan Haters?

Katanya, group Telegram tersebut telah dibuat oleh seorang lelaki Indonesia. Sejauh mana kesahihan perkara tersebut masih belum dapat dipastikan setakat ini. Apa-apa pun, takde masalah pun kalau nak minat mana-mana artis sekalipun, cuma jangan lah obses sangat. 

Kumpulan BTS merupakan kumpulan terkemuka di Korea Selatan di bawah naungan syarikat Bighit Entertainment yang merangkumi tujuh orang ahli. Mereka mempunyai peminat yang ramai sepertimana kita boleh lihat melalui hasil jualan album mereka Map of the Soul: 7 yang berjaya memecah rekod hanya dalam masa beberapa jam sahaja selepas diterbitkan dengan 3.37 juta jualan pada minggu pertama. 

Apa-apa pun, sebagai peminat yang beragama Islam kita wajib menjaga batas dan menahan diri daripada terlalu taksub dengan sesuatu sehingga mempermainkan agama.

Jadikan ini sebagai pengajaran kepada semua dan hentikan diri daripada membuat perkara yang boleh merosakkan imej agama.Tidak kiralah sama ada anda peminat atau haters, agama jangan sesekali dipermainkan.

Jadi, apa pendapat anda tentang isu ini? Jika ada pendapat dan pandangan, anda boleh menulis di ruangan komen kat bawah ini. Kita komen yang baik-baik. Semoga dengan apa yang dipaparkan ini memberikan sedikit sebanyak info dan pengajaran buat kita semua. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dakwaan Jakel Salur Bantuan RM800K Kepada SU Politik Mat Sabu, Ini Penjelasan Datuk Faroz

Lagu Raya JANGE KELIK LAA WEII Relevan & Sesuai dengan Aidilfitri Tahun Ini