in , ,

Kali Kedua Dapat Sijil Platinum Recording Industry Association of America, Bukti BTS Diterima Secara Global

KUMPULAN K-Pop terkenal iaitu BTS sekali lagi membuktikan populariti mereka secara global apabila mendapat sijil platinum daripada Recording Industry Association of America (RIAA) buat kali kedua.

Memetik laporan Allkpop, RIAA mengumumkan bahawa album keempat kumpulan BTS berjudul Map of The Soul disahkan sebagai album platinum.

Sebelum ini BTS mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi salah satu artis Korea pertama memperolehi sijil platinum dengan album yang berjudul Love Yourself pada 16 Januari lalu.

Kali Kedua Dapat Sijil Platinum Recording Industry Association of America, Bukti BTS Diterima Secara Global

Dalam perkembangan terkini, BTS sudah melancarkan album baharu mereka iaitu BE di seluruh dunia dan akan membuat persembahan di Anugerah Muzik Amerika 2020 pada Ahad.

Menerusi perkongsian di laman sosial, mereka ada memuat naik foto-foto di belakang tadbir video muzik Life Goes On yang membuatkan peminat-peminat tidak sabar menantikan kemunculan mereka.

Kali Kedua Dapat Sijil Platinum Recording Industry Association of America, Bukti BTS Diterima Secara Global

Ini adalah rekod tertinggi bagi mana-mana artis Korea. BTS menerima sejumlah lima sijil platinum, termasuk dua dalam kategori album dan tiga dalam kategori single digital. Ini adalah bukti kukuh yang menunjukkan pengaruh BTS di A.S.

Sementara itu, BTS akan mengeluarkan album baru mereka ‘BE’ secara serentak di seluruh dunia pada 20 November KST. Persembahan lagu tajuk mereka “Life Goes On” akan dilancarkan buat pertama kalinya di ‘Anugerah Muzik Amerika 2020’ pada 22hb.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siqma Ft. FML Lancarkan Single DIPINGGIRKAN, Sebuah Karya Nukilan & Terbitan Malique

Mengakhiri Kemelut, Bubblebee Tamatkan Perjanjian Usahasama di Empat Buah Cawangan