in ,

Kakitangan Sunway Lost World of Tambun Disahkan Negatif Covid-19

Sunway Theme Parks komited dalam melindungi keselamatan dan kesihatan semua pekerja, tetamu dan pihak berkepentingan kami di Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun.

GAMBAR HIASAN

Berhubung dengan pengesanan kontak rapat yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai langkah berjaga-jaga, hasil daripada saringan tersebut adalah kesemuanya negative Covid-19. Pekerja-pekerja ini ditempatkan di kawasan hubungan tinggi dan akan terus menjalani kuarantin selama 14 hari. Kami  turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada KKM di atas bantuan mereka yang luar biasa. 

Kakitangan Sunway Lost World Of Tambun Disahkan Negatif Covid-19

Kerja-kerja pembersihan dan sanitasi secara rutin telah diteruskan sejak pengumuman penutupan taman tema kami dari 13 Oktober hingga 10 November 2020. Walaupun tindakan penutupan taman tema kami buat sementara waktu ini agak menyedihkan.

Namun ini adalah satu-satunya pilihan yang mungkin kami miliki berikutan kesan berpanjangan COVID-19 terhadap perniagaan kami. Hal ini termasuklah mengahadkan kapasiti kemasukan para pengunjung ke taman tema kami kerana kita perlu mengamalkan penjarakan fizikal 

Sunway Theme Parks komited dalam melindungi keselamatan dan kesihatan semua pekerja, tetamu dan pihak berkepentingan kami di Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun.

Meskipun kewujudan pandemik ini, kita mesti bersatu dan kekal berharap agar kita dapat berhibur lagi di taman tema. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ntv7 Lalui Perubahan Secara Berperingkat

Betul Ke Neelofa Sudah Dirisik PU Riz? Kata-Kata Noor Kartini & Cincin Beri Bayangan