in , ,

Kad Touch N Go Edisi Khas Filem Zombi Kilang Biskut

Dalam mempergiatkan usaha promosi untuk filem komedi Zombi Kilang Biskut yang akan ditayangkan pada 20 Mac ini, pengarah, Mamat Khalid melalui syarikat penerbitan Enjit Semut Sdn Bhd, telah mengeluarkan kad Touch N Go edisi khas.

Menurut Mamat Khalid, penjualan kad Touch N Go edisi khas ini, merupakan satu cara untuk peminat berkongsi keterujaan juga untuk dijadikan satu koleksi simpanan istimewa buat peminat.

“Bagi abang, ini merupakan satu peluang yang patut kome semua rebut. Lagipun, memang abang suruh mike print 300 keping. Jadinya, ada 300 orang je yang memang A yang akan dapat menyimpan,” kata Mamat Khalid.

Kad Touch N Go Edisi Khas Zombi Kilang Biskut, berharga hanya RM 35 ini, sudah mula dijual kepada orang ramai. Peminat boleh mendapatkannya di UTC Ipoh atau dengan menghubungi Wan Izmil di talian 012.670.9467.

Filem Zombi Kilang Biskut, terbitan Enjit Semut Sdn Bhd, dan diarahkan oleh Mamat Khalid, akan mula ditayangkan di 88 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei pada 20 Mac ini. Filem komedi 2014 ini, dibintangi pelakon Awie, Usop Wilcha, Shuk SYJ, Man Kadir, Dalimawati, Eina Azman, Dayana Roza, Soffi Jikan, Zainuri Misfar dan ramai lagi.

Mamat Khalid

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Min Yasmin & Julfekar Bakal Nikah Pada 4 April Ini

10 Perkara Menarik Tentang Fitri Hakim SELEPAS BERPISAH