in , ,

Kabel 3.5mm ke Lightning Untuk AirPods Max Kini Boleh Didapati dengan Harga RM199

Semalam, Apple telah mengumumkan fon kepala wayarles AirPods Max berharga RM2,399. Pengumuman tersebut mendapat pelbagai reaksi dan pendapat netizen. Ada yang mengatakan gajet terbaharu ini sangat mahal dan direka untuk golongan yang mementingkan mutu audio serta untuk mereka yang ada wang yang banyak.

Dipaparkan di laman web rasmi Apple Malaysia, kabel 3.5mm ke Lightning kini boleh mula didapari pada harga RM199.

Kabel ini boleh disambung kepada AirPods Max atau Beats Solo Pro. Antara kegunaan lainnya adalah menghubungkan peranti iOS atau iPadOS dengan pembesar suara yang memiliki port audio 3.5mm.

Kabel 3.5mm ke Lightning dari Apple Kini Boleh Didapati, Berharga RM199

Untuk pengetahuan anda, kabel ini hanya boleh didapati dalam ukuran 1.2m dan pilihan warna putih atau hitam. Anda boleh mendapatkannya di laman web rasmi Apple Malaysia. Adakah anda berminat dengan kabel ini? 

Kabel 3.5mm ke Lightning dari Apple Kini Boleh Didapati, Berharga RM199

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Terhangat Dalam Dunia Hiburan Malaysia Sepanjang 2020 

Year in Search 2020: Warga Malaysia Buat Carian Resipi Tertinggi di Dunia