in

Selebriti Popular Jayakan JURASSIC WORLD Dalam Bahasa Malaysia di HBO

Pada 14 Jun lalu, hari Selasa, HBO telah mengadakan acara Berbuka Puasa dihadiri oleh bakat suara selebriti filem ini: Nora Danish, Bront Palarae, Fahrin Ahmad, Izzue Islam, Nabil Ahmad, Hisyam Hamid,
dan lebih ramai lagi. Memang sangat meriah dan happening ler. Tengoklah senarai semua selebriti popular yang terlibat tu. Semuanya hot hot kan.

Dinosaur yang megah dan mengagumkan dari zaman prasejarah kembali semula untuk memberi kami pelbagai adegan aksi hebat pada Hari Raya ini! Menampilkan lapan belas jenis spesies dinosaur, termasuk dino tarikan utama dan hibrid baru Indominus rex, JURASSIC WORLD akan ditayangkan pada kali pertama di televisyen Malaysia di HBO (Astro saluran 411 / 431) secara eksklusif untuk Hari Raya Aidil Fitri tahun ini, pada hari Rabu 6 Julai jam 9 malam. Dengan kerjasama selebriti dari Malaysia dan Singapura, HBO Asia berbangga untuk mempersembahkan JURASSIC WORLD dalam Bahasa Malaysia.

Hbo - Jurassic World In Bm - The Celebrity Voice Cast With Astro'S Junaidah Said Khan (1St Row 3Rd From Left) And Hbo Asia'S Zakiah Malek (4Th From Left)

Blokbuster Yang Hebat Jurassic World Dalam Bahasa Malaysia Pada Hari Raya Ini di HBO

[dropcap]P[/dropcap]enonton di Malaysia akan dapat menikmati alihan suara oleh bakat kegemaran mereka – Nora Danish sebagai Claire; Hisyam Hamid sebagai Owen; Izzue Islam sebagai Zach; Wafiy sebagai Gray; Bront Palarae sebagai Masrani; Fahrin Ahmad sebagai Hoskins; Nabil Ahmad sebagai Lowery; Faizal Ismail sebagai Barry; Syazwan Zakariah sebagai Dr. Henry Wu; Raianna A. Rahman sebagai Karen; Fara Fauzana sebagai Vivian; Akhmal Nazri sebagai Jimmy Fallon; Shalma Ainaa sebagai Zara; dan Abby Fana sebagai juruhebah wanita.

Setelah mengumumkan pilihan selebriti berbakat yang terlibat dalam tawaran HBO sempena Hari Raya, HBO Asia mengadakan acara Berbuka Puasa petang ini di Le Meridien Hotel, di mana lebih daripada 100 tetamu undangan yang termasuk wakil media, para selebriti tersebut dan rakan niaga, telah diraikan dengan hidangan istimewa. Para tetamu yang hadir adalah antara yang pertama untuk berpeluang menonton keseluruhan filem JURASSIC WORLD dalam Bahasa Malaysia sebelum tayangan perdana di televisyen.

Filem epik penuh aksi dan pengembaraan ini yang membintangi Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard telah memecahkan rekod box office dengan hasil kutipan lebih dari USD1.6 bilion* di seluruh dunia.

“JURASSIC WORLD merupakan hit besar di pawagam di seluruh dunia dan di Malaysia pada tahun lepas, dan ia adalah filem kedua dengan pendapatan yang paling tinggi pada tahun 2015,” kata Yasmin Zahid, Ketua Jualan dan Pemasaran Affiliate di HBO Asia. “HBO, bersama dengan rakan kongsi kami, Astro, membawa filem aksi blokbuster mega ini dalam Bahasa Malaysia dengan alihan suara selebriti dari Malaysia dan Singapura untuk hiburan seluruh keluarga, yang tua dan muda, boleh menikmati pada Hari Raya ini.”

“Sekali lagi, kami gembira bekerja dengan HBO Asia untuk terus menyediakan pelbagai pilihan termasuk kandungan tempatan terutamanya semasa Hari Raya. Penglibatan bakat Malaysia kita menjadikan ia lebih bermakna dan istimewa untuk kami serta para penonton kami.” kata Junaidah Said Khan, Penolong Naib Presiden Kanan, Bahagian Perniagaan Bahasa Inggeris, Astro.

Waktu ulangan JURASSIC WORLD adalah pada hari Khamis 7 Julai jam 6.55 petang, Ahad 10 Julai jam 9 malam dan Jumaat 29 Julai jam 7 malam.

Guna #HBOJWTAKESMY untuk menyertai perbualan di laman sosial.

Tentang JURASSIC WORLD
Kisah asal Steven Spielberg yang hanya bagaikan sebuah janji pada suatu ketika, kini menjadi kenyataan. Selamat datang ke Jurassic World, sebuah pusat resort mewah di mana berpuluh ribu tetamu meneroka keajaiban dan kecemerlangan binatang prasejarah paling menakjubkan di dunia yang hidup dan berinteraksi dengan mereka setiap hari.

Mengawasi setiap sudut Jurassic World adalah Claire (Bryce Dallas Howard, dari The Help), yang mendapati dirinya secara tidak disangka dibebani dengan ketibaan dua anak saudaranya. Claire tidak mempunyai masa untuk mengalih perhatian dengan ketibaan dua kanak-kanak ini lalu menghantar mereka untuk meneroka taman ini. Makhluk megah di taman ini dicipta oleh Dr. Henry Wu (BD Wong, dari Jurassic Park). Oleh kerana kemakmuran komersial taman ini menuntut inovasi baru setiap tahun untuk memastikan tetamu kembali, Dr. Wu melampaui batas sains beretika. Dia memanipulasikan genetik untuk mencipta dinosaur yang diubahsuai yang tidak pernah wujud di Bumi sebelum ini dan dengan kebolehan yang tidak diketahui lagi, iaitu Indominus rex yang gagah dan misterius. Untuk membantu menilai makhluk ini dan keselamatan pengurungannya, Claire melawat Owen (Chris Pratt, dari Guardians of the Galaxy) seorang bekas tentera yang pakar dalam tingkah laku haiwan.

Apabila Indominus rex melepaskan diri dari kurungan dan menghilang jauh ke dalam hutan, nyawa setiap makhluk di Jurassic World, iaitu dinosaur dan manusia, terancam, termasuk anak-anak saudara Claire. Sekarang, Owen dan Claire menyertai pencarian untuk kedua-dua budak lelaki itu ketika suasana di taman itu menjadi huru-hara dan para tetamu pula menjadi mangsa. Dinosaur-dinosaur bebas berkeliaran di daratan, langit dan air untuk berjuang untuk terus hidup, dan tiada satu sudut di taman terbesar di dunia ini yang selamat.

Diarahkan oleh Colin Trevorrow (Safety Not Guaranteed) dan dihasilkan oleh penerbit eksekutif Steven Spielberg dan Thomas Tull (Godzilla), filem keempat francais JURASSIC PARK akan ditayangkan pada kali pertama di televisyen Malaysia di HBO (Astro saluran 411 / 431) khas untuk Hari Raya Aidil Fitri, pada hari Rabu, 6 Julai jam 9 malam. Penonton boleh menyaksikan filem ini dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, dengan alihan suara oleh selebriti Asia.

*Sumber: www.boxofficemojo.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Pendek SOALAN Sempena Hari Raya Aidilfitri

Sinar FM Ajak Pendengar Sertai FREE MARKET SINAR Sabtu Ini