in , ,

Jumlah Penonton AEWO ‘Ghaib’ Shiha, TODAK Music Mahu Penjelasan Youtube

Permulaan yang baik saat meluncurkan AEWO pada 5 Ogos yang lalu apabila single terbaharu penyanyi Shiha Zikir itu bukan sahaja menjadi bualan hangat di kalangan netizen sehingga tular, bahkan mendapat lebih 100,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Gelombang penonton juga terus meningkat saban hari, bagaimanapun selepas seminggu ia ditayangkan, penonton AEWO ‘ghaib’ apabila jumlahnya merudum sehingga 170,000, berbanding catatan tertinggi 381,095 pada hari ke-5 ia ditayangkan. Bahkan sehingga kini jumlah tontonan berada pada kedudukan statik.

Jumlah Penonton AEWO 'Ghaib' TODAK Music Mahu Penjelasan Youtube

Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion, Ikmal Fareeq, berkata, permasalahan ini telah disuarakan kepada pihak YouTube dan masih menunggu jawapan maklum balas.

“Penonton ‘ghaib’ atau penurunan jumlah tontonan ini sukar untuk kami difahami. Jika ia sudah ditonton, bagaimana penurunan boleh berlaku? Adakah ini perkara normal atau ada sesuatu yang tidak kena?

“Tambah musykil, turun naik jumlah tontonan muzik video AEWO ini berlaku secara kerap. Setiap kali mencecah 300,000 tontonan sahaja, pasti berlaku penurunan yang banyak pada minggu yang sama. Rekod paling rendah adalah 170,000 penonton. Jika hal ini tidak berlaku kemungkinan besar muzik video AEWO sudah mencecah 1 juta penonton sekarang.

“Bagi mendapatkan penjelasan, permasalahan ini telah kami suarakan kepada pihak YouTube dan masih menunggu jawapan maklum balas mereka,”katanya.

– Ikmal Fareeq
'Ghaib' Shiha

Ujarnya lagi, proses menghasilkan muzik video AEWO menuntut perancangan yang teliti, membabitkan kreativiti secara berpasukan dan usaha yang bukan sedikit.

”TODAK Music, Shiha Zikir selaku penyanyi, penari latar dan seluruh tenaga produksi yang terbabit bertungkus-lumus dalam mengeluarkan idea bagi menghasilkan sebuah muzik video bertaraf antarabangsa.

“Kami ingin membuktikan bahawa industri kreatif di Malaysia tidak pernah ketinggalan, kita juga mampu mencipta karya setanding K-Pop yang mendominasi pasaran muzik global ketika ini.

“Oleh kerana usaha optimum yang dicurahkan inilah, kami berharap pihak YouTube dapat memberi penjelasan mengenai permasalahan yang berlaku, dengan harapan penonton AEWO dapat dikembalikan,”

– Ikmal Fareeq
'Ghaib' Shiha

Sementara itu, artis serba-boleh Shiha Zikir turut meluahkan rasa kecewa dan terkejut berhubung perkara ini yang dikongsi melalui akaun Instagram miliknya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bunga & Amzar Sabri Saling Merindui Dalam 300 SAAT

Lan Petpet Gembira Penampilan Terkini Isterinya, Perubahan Terkini Jadi Buah Mulut