in , , ,

Judika, Cakra Khan & Marcell di Minggu Setiausaha Hotel Istana

Tetapkan 1 April 2015 anda saksikan persembahan mantap daripada 3 artis ternama Indonesia dan barisan artis hebat Malaysia sempena raikan Minggu Setiausaha di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana Kuala Lumpur.

Segmen pertama bakal menyaksikan persembahan daripada 3 penyanyi Indonesia bersuara luar biasa iaitu Judika, penghibur serba boleh yang sentiasa mempersonakan Cakra Khan serta pelantun jazz yang disenangi Marcell.

Single Judika yang berjudul Aku Yang Tersakiti mendapat lebih daripada 12 juta tontonan di laman YouTube. Cakra Khan yang baru saja dinobatkan sebagai Pendatang Baru Terbaik di Anugerah Muzik Indonesia sedang mencipta nama di Malaysia dengan bertambahnya peminat beliau yang digelar Cakraholic di sini.

Judika Cakra Khan & Marcell di Minggu Setiausaha Hotel Istana

Lagu Harus Terpisah melonjakkan kepopularitian Cakra dalam masa yang singkat. Terbaru, lagu duet Seluruh Cinta bersama Diva Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza sedang hangat diputarkan di stesen-stesen radio.

Penyanyi bersuara lunak, Marcell yang popular dengan lagu-lagu seperti Hanya Memuji, Semusim dan Takkan Terganti bakal memukau penonton di Malaysia. Beliau bukan saja mampu menyanyi, tetapi arif bermain drum dan mencipta lagu.

Selain meraikan setiausaha dan tetamu yang bakal hadir dengan persembahan hebat lagi bertenaga, acara makan tengahari Minggu Setiausaha Hotel Istana juga dianjurkan bagi memperkenalkan Novel Terbaik Tahun 2014 oleh Anugerah Buku Negara, Mutiara Hatiku Rafflesia yang ditulis oleh novelis Bill Bora.

Novel tersebut sedang dalam proses penterjermahan ke Bahasa Indonesia dan menjadi lagu tema bagi Sampai Kau Jadi Milikku yang telah dilancarkan di Hotel Istana oleh Judika baru-baru ini. Novel tersebut juga telah memenangi anugerah Kulit Terbaik bagi 2014.

Tiket-tiket ke majlis makan tengahari Minggu Setiausaha dijual dengan harga RM300, RM450, RM600 dan RM1,000 seorang. Pelbagai menu yang menarik bakal disajikan dan akan disediakan khas oleh chef terkemuka Chef Eksekutif Al Fithri Al Bakri.

Sebarang pertanyaa mengenai sambutan Minggu Setiausaha ini , sila hubungu Box Office: +603 2141 9988 ext 3670 Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Hotel Istana: (www.facebook.com/HotelIstanaKualaLumpurCityCentre) atau emelkan ke: [email protected] and [email protected]

Judika Cakra Khan & Marcell di Minggu Setiausaha Hotel Istana
Judika Cakra Khan & Marcell di Minggu Setiausaha Hotel Istana
Judika Cakra Khan & Marcell di Minggu Setiausaha Hotel Istana
Judika Cakra Khan & Marcell di Minggu Setiausaha Hotel Istana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Stand Up Comedy CERITA MALAM JUMAAT di PJ LiveArts

Gambar Kereta Mewah Ferrari Zizan Razak Remuk Kemalangan