in , ,

Jom Tonton Vlog Najwa Latif Anugerah Planet Muzik 2012

Hari ini dah pun hari Isnin, 17 Disember. Cepat kan masa berlalu? Hari ini kena travel lagi. Sedang semalam, sehari suntuk mengecapi keseronokan Universal Studio di Singapura. Memang gempak. Haha, jakunnya Budiey.

Ahad ini, Budiey akan terlibat pula dengan promo Jelajah Anugerah Juara Lagu yang akan diadakan di Melaka. Jadi, orang Melaka jangan lupa turun ramai-ramai ke Kompleks Melaka Mall, Melaka ya.

[pullquote align=”right”]Roadshow Anugerah Juara Lagu 27 akan diadakan pada 23 Disember 2012 (Ahad) bertempat di Pentas Utama, Kompleks Melaka Mall, Melaka.[/pullquote]

Anugerah Planet Muzik di Singapura sudah pun berlalu. Namun, banyak juga cerita-cerita dan gossip sepanjang anugerah ini berlangsung. Semalam, Budiey ada terbaca status Twitter seorang pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat yang sentap apabila penyanyi Alyah tidak memakai busana rekaannya di Anugerah Planet Muzik. Alyah memberi alasan dia terpaksa pakai baju pereka lain kerana zip baju rekaan Hatta Dolmat itu rosak.

[dropcap]S[/dropcap]elesai sahaja Anugerah Planet Muzik 2012, pastinya ramai peminat yang mahu melihat gambar-gambar artis di karpet merah.

Tak ketinggalan, ada artis yang telah pun menyiarkan vlog mereka berkenaan dengan Anugerah Planet Muzik. Pagi tadi, Budiey ada menonton vlog yang dirakam oleh pengurusan Najwa Latif. Memang best jugak tengok. Setakat ini, dah ada tiga vlog yang dibuat oleh Najwa dan Budiey harap, Najwa perbanyakkan lagi vlog-vlog sebegini kerana ia dapat mendekatkan diri anda dengan peminat. Najwa kan artis yang lahir dari media Youtube. Jadi, mestilah kena buat vlog macam ni di masa akan datang. Tak gitu?

Walaupun Najwa Latif tak menang apa-apa pada malam APM2012, namun persembahan lagu Kosong dan berduet pula dengan Sleeq untuk lagu Untuk Dia sedikit sebanyak mengubati kerinduan peminat beliau. Masa Najwa perform lagu Kosong tu, dengar agak mendatar sikit. Najwa pun ada mengaku dia nyanyi agak flat. Tapi tak mengapa, boleh cuba lagi untuk buat yang terbaik, dik.

Gambar Najwa Latif di Karpet Merah Anugerah Planet Muzik 2012 dengan busana rekaan pereka dari Singapura iaitu Sophia.

Anugerah Planet Muzik 2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharnaaz Ahmad Maki Hamun Shila Amzah Di Twitter?

Gambar Selebriti di Karpet Merah Anugerah Planet Muzik 2012