in

Jom Tonton Dokumentari Khas Hari RTM 70 Tahun Merentas Zaman

Dokumentari Khas Hari RTM “70 Tahun Merentas Zaman”, Papar Perjalanan RTM Sebagai Stesen Utama Negara dan Perintis Kepada Stesen Televisyen Swasta

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2016 – Bersempena dengan sambutan ulangtahun RTM ke 70 pada 1 April ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan sebuah dokumentari khas bertajuk “70 tahun Merentas Zaman”.

Sebagai sebuah stesen gergasi negara yang telah lebih tujuh dekad beroperasi, dokumentari khas ini memaparkan sejarah, fasiliti dan cabaran RTM dalam mendepani era transformasi digital dalam dunia penyiaran masa kini. Persediaan fasiliti digital ini melibatkan semua unit produksi dan kejuruteraan serta tenaga kerja di RTM.

Dokumentari terbitan Unit Dokumentari dan Majalah RTM ini juga berkongsi memaparkan kejayaan RTM dalam arena penyiaran sama ada di dalam atau di luar negara.

Menariknya penonton berpeluang menyaksikan dokumentari khas yang memaparkan perjalanan RTM sebagai stesen utama negara yang menjadi perintis kepada stesen-stesen televisyen swasta ini menerusi ketiga-tiga saluran TV milik RTM.

Saluran TV1 bakal menyiarkannya pada 31 Mac ini, pukul 10.00 malam, manakala penonton TV2 boleh menyaksikannya pada 1 April 2016, pukul 4.30 petang dan TVi menyiarkannya pada hari sama, pukul 9.00 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Ulasan Filem THE FAITH OF ANNA WATERS

A Bohemian Rhapsody With Luxury At The Four Seasons Prague