in ,

Jom Sahut Cabaran Zon Fear Factor Selebriti Malaysia di Sunway Pyramid

Anda peminat Fear Factor dan suka sesuatu kerja gila yang mencabar? Suka berada dalam tekanan dan situasi di luar dugaan? Juga tak gentar dengan segala apa cabaran yang diberikan? Tak takut dengan ular? Geli dengan binatang berbisa? Haa, inilah masa nak uji sejauh mana keberanian dan keterujaan anda menghadapi cabaran getir seperti mana yang telah dilalui oleh peserta Fear Factor Selebriti Malaysia. Walawei best tu! Haha!

[dropcap]Y[/dropcap]ang pasti, ramai dah yang tak sabar untuk menerima kedatangan program realiti terbaru iaitu Fear Factor Selebriti Malaysia sebab program ini sangat istimewa buat para penonton. Betul tak?

[pullquote align=”right”]Cabaran Zon Fear Factor pada 15 Disember 2012 (Sabtu) jam 2.00 petang @ Orange Entrance, Sunway Pyramid.[/pullquote]

Apa kata datang ke Cabaran Zon Fear Factor pada 15 Disember 2012 (Sabtu) jam 2.00 petang @ Orange Entrance, Sunway Pyramid dan tengok sejauh mana kemampuan anda. Budiey dengar ada hadiah menarik menanti anda yang menyertai cabaran ini.

Nak tahu hadiahnya? Budiey rasa hadiahnya memang menarik. Antara hadiah yang ditawarkan ialah iPad Mini, iPhone 5 dan banyak lagi.

Hahaha, menarik tak? Kalau tak percaya, sila tonton video promo ni la:

[dropcap]S[/dropcap]elain menyajikan penonton dengan program tersebut di kaca televisyen, pihak Astro turut mengadakan cabaran ‘on ground’ Zon Fear Factor yang menggalakkan penglibatan orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman beraksi mereka selain dapat beramah mesra dan berinteraksi dengan barisan selebriti yang turut sama hadir di acara tersebut.

Antara selebriti yang hadir termasuklah Aliff Hadi, Gambit, Nik Michael, Azam Pit, Dazrin, Hairul Azreen, Zawen, Iz, Arthur Tan, Arja Lee, Alam Wakaka, Hefny On air, Hafizul On air, Mejar Faiz, Atu Raja Lawak, Ajak Shiro serta Azri AF9. Wah! Boleh bergambar sakan dengan mereka ni. Maklumlah nanti peserta ni akan jadi glamor la lepas ni ya.

Cabaran Zon Fear Factor pada 15 Disember 2012 (Sabtu) jam 2.00 petang @ Orange Entrance, Sunway Pyramid.

Info lanjut:

www.fearfactor.com.my www.facebook.com/FearFactorMalaysia www.twitter.com/FearFactorMY

Fear Factor Selebriti Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Resepsi Betty Banafe & Bruce Dargus di Danga Bay

Gambar Baby Anak Perempuan Hunny Madu Yang Selamat Dilahirkan