in , , , ,

Jom Jumpa Ben Ladin & Amyra Rosli di Pelancaran POPSICAL Malaysia

Selamat pagi Sabtu semua pembaca Budiey.com! Ada tak sesiapa kat sini yang suka nyanyi karaoke dan yang nak jumpa sangat dengan penyanyi remaja yang meningkat populariti dengan lagu HIKAYAT BEN LADIN dan pelakon jelita Amyra Rosli?

Haa, Budiey ada cara yang mudah untuk jumpa Ben Ladin dan Amyra Rosli pada petang ini. Haa… yang nak jumpa dua orang selebriti yang sensasi ini, bolehlah rancang untuk ke Pelancaran Popsical yang berlangsung pada hari ini, Sabtu ini, 23 Mac di Mid Valley!

Selain dapat jumpa Ben Ladin dan Amira Rosli, mana tahu anda boleh berkaraoke bersama mereka berdua kat sana dan menyertai aktiviti menarik yang diatur oleh penganjur? Mana tahu kan?

Budiey juga akan turut berada di sana untuk buat liputan. Jadi, jika korang takde buat apa hari ni, apa kata kita jumpa di kedai POPSICAL di T013E, tingkat 3, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur jam 2 hingga 6 petang.

Popsical

Budiey difahamkan Amyra Rosli akan berada di sana jam 3 petang dan Ben Ladin pula akan berada di sana jam 5 petang.

Untuk info anda, Popsical adalah alat karaoke yang canggih dengan lebih dari 200,000 lagu dalam 14 Bahasa. Yang paling best, lagu- lagu baru akan dikemaskini setiap hari! 

Popsical adalah alat karaoke yang canggih dengan lebih dari 200,000 lagu dalam 14 Bahasa.

Nak tahu lebih lanjut tentang Popsical ni, apa kata korang datang sendiri untuk mendengar sesi demonstrasi supaya anda faham bagaimana nak setup Popsical kat rumah dan anda bolehlah karaoke melalak sepuas hati kat rumah tu.

Dapatkan potongan RM500 untuk pembelian POPSICAL secara online. Masukkan kod: POPBUDIEY semasa checkout. Layari: www.popsical.com

Oh! Popsical nak berikan RM500 off untuk pembaca dan followers Budiey terawal untuk hari ini sahaja!

Kalau beli online di www.popsical.com, senang sahaja, begini caranya, masuk kan kod: POPBUDIEY di checkout!

Sesiapa yang beli kat popsical store nanti, boleh bergambar dengan Ben Ladin dan Amyra Rosli.

Selain itu anda boleh menonjolkan bakat nyanyi di sesi Open Mic Session dan boleh bawa pulang goodie bag yang disediakan: 

Jadi datanglah beramai-ramai! Mana tau boleh nyanyi bersama! 🙊 Sila ke Instagram @Popsicalkaraokemy atau popsical.com untuk maklumat lanjut!

Jumpa korang petang ni!

Atau ikuti hashtag ini: #popsicalOwnIt #popsicalkaraoke #popsicalMY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ong Seong Wu Tak Sabar Nak Beri Kejutan Buat Peminat

UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL Jadi Mangsa Rakaman Secara Haram