in , ,

Johan & Sharnaaz Ahmad Jadi CHIEF LAWAK

Minggu keempat merupakan minggu pengenalan ‘Chief Lawak’ kepada para peminat Maharaja Lawak Mega 2016. Gabungan pelawak terkemuka, Johan dan pelakon hebat tanah air, Sharnaaz Ahmad ternyata berjaya membangkitkan semangat peserta untuk memberikan persembahan terbaik mereka.

Johan dan Sharnaaz menggalas tanggungjawab sebagai ‘Pengkritik Media Sosial’ yang memberi maklumbalas kepada persembahan peserta menerusi platform media sosial mereka. Ternyata, minggu pertama pernyataan mereka berdua ini disambut baik oleh para peminat MLM 2016 di luar sana.

Maharaja Lawak Mega 2016

Namun begitu, dalam pada kita memperkenalkan ‘JONAAZ’ ke dalam MLM 2016, kita tidak dapat lari dari penyingkiran salah sebuah kumpulan yang menyertai program ini.

Ia menjadi minggu pertama dan minggu terakhir buat kumpulan Xola yang dianggotai oleh One, Chot dan Wan Wala menerima komen daripada kedua-dua Chief Lawak apabila nama mereka diumumkan sebagai kumpulan yang tersingkir pada minggu lalu. Ini menjadikan agen lawak yang akan meneruskan misi di gelanggang Maharaja Lawak Mega 2016 berbaki 11 kumpulan agen.

Minggu lalu menyaksikan kebangkitan agan-agen lawak apabila hampir kesemua agen mendapat komen positif daripada barisan juri sekaligus menandakan kejayaan misi mereka. Lebih membanggakan apabila kumpulan Bocey menjadi kumpulan pertama yang mendapat 5 Ha daripada juri jemputan, Nora Danish.

Pastinya tekanan semakin hebat buat agen-agen untuk melengkapkan misi mereka pada minggu ini yang bertemakan ‘Peribahasa’. Mampukah mereka menyahut cabaran pihak juri untuk memberi persembahan yang lebih mantap? Sama-sama kita saksikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengalaman Budiey Jalan-Jalan Makan Angin di Tokyo Disneyland

Video Post Wedding Shaheizy Sam & Syatilla Melvin