in , ,

Joe Flizzow & Marini Ramlan Akhirnya Sah Bernikah

Rasanya umum sudah mengetahui, penyanyi hip hop, Joe Flizzow dan juga tunangnya, Marini Ramlan merancang untuk menamatkan zaman bujang pada April lalu tapi disebabkan Covid-19, mereka telah melaksanakan acara akad nikah pada hari ini. Syukur, segalanya selamat dilangsungkan dalam satu acara sederhana.

Dengan sekali lafaz, penyanyi hip-hop terkenal, Joe Flizzow sah bergelar suami kepada pilihan hati, Marini Ramlan di dalam satu majlis tertutup yang diadakan pada pagi 26 Jun 2020. Majlis pernikahan berlangsung secara ringkas mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Joe berkata, pada mulanya, dia merancang bernikah, April lalu, tetapi terpaksa ditunda ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Joe Flizzow & Marini Ramlan Akhirnya Sah Bernikah

Joe, 41, atau nama sebenarnya Johan Ishak dinikahkan Ustaz Mohd Borhanuddin Othman di hadapan keluarga dan rakan terdekat.

“Syukur, walaupun majlis diadakan kecil-kecilan, ia sangat bermakna buat kami.

Saya ingin berterima kasih kepada semua yang tidak putus mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan saya.

Saya tidak sabar untuk kembali bertemu peminat selepas pandemik Covid-19 ini berakhir,”

– Joe Flizzow

Sambutan yang sederhana tetap tidak mampu menahan kedua mempelai itu daripada tersenyum gembira selepas disatukan. Keduanya nampak bagai pinang dibelah dua apabila menyarungkan baju Melayu dan baju kurung berwarna krim.

Pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang dengan mas kahwin RM80. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Kedua-dua mempelai kelihatan sangat segak dan cantik menggayakan baju melayu dan baju kurung pahang berwarna krim.

Joe Flizzow & Marini Ramlan Akhirnya Sah Bernikah
Joe dan Marini yang berkenalan sejak 15 tahun lalu, menjalin hubungan serius mulai 2016.

Berita gembira itu dikongsi menerusi satu posting di akaun Instagram (IG) adik kepada Marini.

“Vibe kahwin COV1D. Dah anggap awak sebagai abang saya sebelum ini, tapi apapun selamat datang ke keluarga kami secara rasmi Joe.

“Kepada Marini, awak adalah pengantin paling cantik pernah saya lihat,” katanya.

– Adik Marini
Joe Flizzow & Marini Ramlan Akhirnya Sah Bernikah

Posting berkenaan kemudian dipenuhi dengan komen ucapan tahniah daripada rakan-rakan terdekat.

Walaupun pasangan ini memulakan hubungan yang serius bermula tahun 2016, tetapi mereka sebenarnya sudah mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun lalu. 

Marini sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pengurus Besar Inovasi Kandungan & Digital, Primeworks Studios Sdn Bhd, namun kini memilih untuk bekerja sendiri.

Tahniah buat Joe dan isteri. Selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Joe Flizzow & Marini Ramlan Akhirnya Sah Bernikah
Joe Flizzow & Marini Ramlan Akhirnya Sah Bernikah
Joe Flizzow & Marini Ramlan Akhirnya Sah Bernikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UNIC Selesa Berdua, Belum Fikir Untuk Ambil Ahli Baru

Siti Nurhaliza Rakam Semula Lagu TERATAI MENJELMA Nyanyian Sudirman