in

Joe Flizzow Lancar Produk Pakaian di Good Fellas

Sesuatu jenama atau branding akan jadi gempak dan happening bila mana ianya dijual atau dipegang oleh selebriti. Budiey percaya ramai yang bersetuju dengan kenyataan ini. Tambah lagi apabila selebriti yang menjual produk tersebut adalah di kalangan selebriti terkenal. Maka, kita dapat saksikan pada hari ini, berduyun-duyun selebriti mahu bergiat aktif menjadi usahawan dengan menjual macam-macam produk.

By @joeprcinternational "Opening #budakbaek @goodfellasKL thanks bloggers @budiey @selebritionline @gengmurai @ellyna_ali special to @flizzow #Publicist @officialkartel @joesaiful @royidris" via @PhotoRepost_app

Joe Flizzow, antara selebriti ternama yang Budiey lihat ada jiwa usahawan yang cukup gigih. Terbaru, Joe Flizzow telah melancarkan produk beliau termasuk Budak Baek di sebuah butik konsep stor yang terletak di Taman Tun Dr Ismail yang diberi nama GOOD FELLAS. Sebelum ini, rasanya ramai yang dah tahu, Jow Flizzow telah melancarkan produk pakaiannya secara dalam talian dan turut dijual di beberapa festival shopping termasuk di pasaraya. Jadi, sekarang, selain order melalui online, dah tiba masanya semua penggemar pakaian jenama Joe Flizzow boleh datang ke Kulcats Pastel untuk mendapatkannya.

Ini adalah projek kolaborasi antara Kulcats, Good Fellas dan ramai lagi

Menurut Azuwan Zulkifli, pengurus butik Good Fellas ini

“Good Fellas adalah sahabat yang baik, geng yang baik. Ia lahir dari gabungan beberapa grup jenama yang sedia ada disatukan di bawah satu bumbung. Kebanyakan jenama di sini sangat bermutu dan ia diwujudkan untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya peminat fesyen untuk menjimatkan masa mereka. Antara jenama yang ada kat sini, OBEY, XLarge, HUF, Crooks, Diamond, Loser Machine Company dan banyak lagi.”

Bagi Joe Flizzow, gabungan sebegini memang bagus kerana dapat menyokong produk tempatan yang mana materialnya begitu bermutu dengan harga yang sangat berpatutan. Selain barangan tempatan, Good Fellas juga turut menjual produk dari luar negara yang sukar untuk didapati di mana-mana. Jika korang tonton video kat atas ni, anda dapat saksikan, Joe Flizzow menunjukkan sepasang kasut yang cukup sukar untuk didapati kerana ianya sangat limited edition.

Budiey cukup happy berada di event ini sebab dapat hangout dengan kawan-kawan serta selebriti. Antara Joe Flizzow, kami juga ada bertemu dengan pelakon sensasi Nabila Huda yang turut menjual produk gincunya di Good Fellas.

Budiey ucapkan tahniah kepada Joe Flizzow. Juga nak ucapkan terima kasih kerana sudi belanja kami dua helai baju T yang ohsem. Satu baju T Budak Baek dan satu lagi dari jenama yang lain.

Korang boleh follow Good Fellas di Instagram: @goodfellaskl

Joe Flizzoe

Joe Flizzoe

Joe Flizzoe

Joe Flizzoe

By @joeprcinternational "Opening #budakbaek @goodfellasKL thanks bloggers @budiey @selebritionline @gengmurai @ellyna_ali special to @flizzow #Publicist @officialkartel @joesaiful @royidris" via @PhotoRepost_app

Joe Flizzow Lancar Produk di Good Fellas

Joe Flizzow Lancar Produk di Good Fellas

Joe Flizzow Lancar Produk di Good Fellas

Joe Flizzow Lancar Produk di Good Fellas

Joe Flizzow Lancar Produk di Good Fellas

Joe Flizzow Lancar Produk di Good Fellas

Joe Flizzow Lancar Produk di Good Fellas

Joe Flizzow Lancar Produk di Good Fellas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Dengar Lagu Terbaik UNIC Dalam Album UNIC GREATEST HITS

Nubhan Nikah Dengan Bakal Doktor Gigi Ogos Depan