in ,

Joe Flizzow Lancar Album Havoc November Ini

Semalam, Budiey ada menyiarkan berita tentang single terbaru Joe Flizzow, Havoc menduduki carta No. 1 di iTunes Malaysia. Korang dah dengar ke belum lagu Havoc ni? Kalau nak dengar, klik play kat video yang Budiey letak kat atas entri ni. Budiey sudah pun mendengar lagu Havoc yang menampilkan juga penyanyi Altimet ni. Seperti judul lagunya, begitu jugalah dengan karya terbaru Joe Flizzow ni. Memang havoc-lah! Budiey dah baca komen-komen dari peminat, diorang kata, lagu ni best gak!

[pullquote align=”right”]Selepas memperkenalkan single terbaru Havoc pada 1 Oktober lalu, Joe Flizzow kini merancang untuk melancarkan album baru berjudul Havoc pula.[/pullquote]

Nampaknya, lagu Havoc bakal mengembalikan semula nafas baru buat jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini. Bukan apa, dah lama sangat Joe tak keluar dengan single. Kalau tak silap, dah empat tahun, Joe tak buat album. Khabarnya, lagu Havoc ini akan dimuatkan dalam album terbaru yang berjudul Havoc. Ada 14 buah lagu yang dimuatkan dalam album yang dinanti oleh peminat ini. Kali terakhir Joe Flizzow buat album ialah pada tahun 2009 menerusi album President.

Single Havoc adalah kerjasama pertama kali antara Kartel, SonaOne selalu penerbit dan juga Altimet. Karya lagu ni memang lain dari gaya rap yang ditampilkan. Mutu bunyi lagu Havoc ni pun memang best. Jarang nak dengar lagu macam ni. Dari segi gaya persembahan yang lebih dinamik, penggunaan bahasa Melayu dan diadun dengan sedikit bahasa urban dan bunyinya memang meletop!

Budiey dikhabarkan, album terbaru ini akan dilancarkan pada bulan November depan. Apa yang menariknya, album Havoc menyaksikan Joe Flizzow bergabung dengan legenda rock Malaysia, Amy Search menerusi lagu Takbir Cinta. Selain itu, Joe berduet dengan Rossa dalam lagu Katakan. Sebelum ini, Joe pernah berduet dengan Rossa dalam lagu One Night Lover yang selalu disiarkan di saluran MTV. Jadi, ini adalah kali kedua Joe Flizzow bergabung dengan Rossa.

Lebih menarik, semua lagu dalam album Havoc dihasilkan dalam bahasa Melayu dan mendapat sentuhan mantap lagi berbisa dari SonaOne, Syaheed, Ajai, DJ Biggie dan Yasin.

Budiey tak sabar nak dengar semua lagu-lagu dari album Havoc ni! Korang lak camner?

MTV World Stage 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nurul Wahab Janji Kongsi Gambar Bayi Lelaki

AEON CONNECTS LIKE-MINDED CHILDREN WORLDWIDE TO SAVE MOTHER NATURE