in

Jemputan Pencarian Remaja Berbakat dari Media Hiburan

Kelmarin, masa Budiey di rakaman program Rooftop bersama dengan Sudir, seorang wartawan majalah sensasi nombor satu Malaysia, Media Hiburan, Budiey telah diserahkan sekeping kad jemputan untuk Pencarian Remaja Berbakat dari Media Hiburan.

Wow, nampaknya nanti akan lahir ramai lagi bakat-bakat penyanyi dari Youtube yang akan menyaingi kegemilangan Yuna dan Najwa Latif la ya?

Pencarian Remaja Berbakat Media Hiburan Edisi Youtube 2012 (PRBMH2012)  akan diadakan pada 17 Jun 2012, jam 8 malam di Kompleks Kraf KL, Jalan Conlay. Bertemakan Black & Bling.

Seramai 12 peserta berbakat besar telah layak ke peringkat akhir. Siapakah yang akan jadi pemenang pertandingan Pencarian Remaja Berbakat? Sama-sama kita nantikan ya.

Selain menampilkan persembahan hebat peserta, acara gilang-gemilang ini turut diserikan dengan barisan artis popular tanah air yang bakal menggegarkan pentas dengan persembahan hebat mereka. Antara penyanyi popular yang telah mengesahkan membuat persembahan adalah penyanyi Alyah dan kumpulan One Nation Emcees.

PRBMH2010 turut menampilkan Karl Shafek sebagai pengacara pada malam itu selain syarikat telekomunkasi Digi yang bertindak sebagai penaja utama.

Pertandingan ini seharusnya mendapat sokongan dari Youtube dan disiarkan secara langsung di laman Youtube seperti mana Konsert Kenangan Sudirman yang lalu. Barulah gempak, kan?

Semoga pertandingan ini berlangsung dengan lancar dan jayanya. Itu yang Budiey doakan.

Dapat jemputan dr Media Hiburan ke Pencarian Remaja Berbakat. Tq MH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bohsia 2 Kutip RM3 Juta Dalam 4 Hari

Mesyuarat Tahunan Persatuan Seniman Tidak Sah?