in , ,

Jemput Raya & Raya Medley Buah Tangan Terbaharu Dari Rocketfuel Entertainment

Ernie Zakri Muncul Dengan Single Raya Solo, Manakala Artis-Artis Rocketfuel Lainya Bergabung Nyanyikan Single Raya Berkonsepkan Medley

Penyanyi wanita bersuara emas, Ernie Zakri sekali lagi muncul dengan single Raya terbaharu pada tahun ini berjudul ‘JEMPUT RAYA’ hasil ciptaan komposer-komposer terkemuka negara seperti John Jeeves, Shazriq Azeman dan Omar K, manakala barisan artis popular Rocketfuel Entertainment yang lainnya seperti Dem Lepak Boyz, MADAM, Ara Johari, The Sara Sisters, Timah, Idris Brown, Imagi, Dinda, Indah Ruhaila dan Wani Kayrie digabungkan untuk menyanyikan sebuah single Raya istimewa ‘RAYA MEDLEY’ hasil gubahan semula komposer muda, Amy Bong dari kumpulan Imagi, dan kedua-duanya diterbitkan oleh jenama hiburan paling sensasi, Rocketfuel Entertainment.

Jemput Raya Cover art

Jemput Raya

“Saya ingin kumpulkan seberapa banyak lagu Raya yang mungkin pada setiap tahun dengan tema yang berbeza, namun saya akur untuk menghasilkannya bukanlah perkara yang mudah. Pada tahun ini, saya memilih ‘feel’ yang klasik dengan sentuhan moden dalam tema yang ceria agar senang diingati oleh segenap lapisan masyarakat yang merayakan Aidilfitri pada tahun ini.

JEMPUT RAYA seperti judulnya membawa maksud jemputan tatkala Hari Raya, di mana tetamu dijemput datang ke rumah kerana jikalau pada tahun-tahun yang lalu kita tidak dapat berbuat demikian, kini kita sudah boleh menerima kunjungan tetamu pada hari yang berbahagia ini,” kata Ernie yang bakal mengadakan konsert ‘Satu Suara’ bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan Jay Jay pada 13 Mei 2023 nanti.

Single ini mengambil masa selama 2 minggu untuk disiapkan dan sehari untuk proses rakaman, dan genre yang diketengahkan pada kali ini tidak terlalu tradisional dengan instrumen gendang kerana mahukan bunyi yang lebih kontemporari.

Tambah Ernie, “Saya mahu lagu ini menggambarkan perasaan keterujaan tibanya Hari Raya, dan tahun ini saya teruja dapat berpuasa dengan suami dan puteri sulung kami yang semakin membesar, itulah momen manis saya ketika Ramadan.

“Saya berharap lagu ini dapat membuat semua yang mendengarnya rasa gembira dan mahu turut bergoyang dengan perasaan yang girang, disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan ‘jemputan’ Raya yang bakal tiba nanti.

EZ 1

Raya Medley

Pada tahun ini, pihak Rocketfuel telah mengambil pendekatan yang berbeza dan cukup unik dengan memperkenalkan himpunan lagu-lagu Raya terbitan label itu yang telah ‘di-medley-kan’ seperti ‘Bersyukur Seadanya’, ‘Suara Lebaran Kita’, ‘Sempurna Seadanya’, ‘Zapin Lebaran’ dan juga ‘Raya ‘Kita Raya’. 

Kongsi Wani yang baharu muncul dengan single berjudul ‘Fajar’ berkata, “Idea bernas disebalik lagu RAYA MEDLEY ini datangnya dari pihak pengurusan sendiri yang mahukan kelainan, walaupun kesemua lagu-lagu Raya tersebut berlainan genre, saudara Amy Bong dari kumpulan Imagi berjaya ‘memasukkan’ kesemuanya dengan transisi yang sangat lancar dan tidak terasa janggal.

“Kami mengambil masa selama 2 hari untuk merakamkan lagu ini dengan pecahan 2 kumpulan, masing-masing menyanyikan bahagian yang berbeza kemudian dicantumkan menjadi sebuah lagu yang cukup istimewa.

Bagi Wani, Aidilfitri pada tahun ini cukup istimewa baginya kerana dapat beraya bersama keluarga, katanya, “Hari Raya pada tahun ini saya akan pulang ke Sabah yang jarang-jarang saya lakukan kerana komitmen kerja dan jadual kelas yang padat, kampung halaman saya agak ‘dalam’ dan sukar mendapat isyarat internet, namun itu tidak menjadi masalah kerana lebih banyak masa tertumpu pada keluarga, dan itulah momen paling berharga buat saya.

“Semoga lagu ini dapat membangkit ‘mood’ Raya semua pendengar kerana momentumnya yang mengasyikkan, ada bermacam-macam melodi dalam satu lagu dan rasa puas apabila mendengarnya.

Rocketfuel Entertainment

Menurut Ketua Rocketfuel Entertainment, En. Feros Sayna, berkata “Pada tahun ini Rocketfuel menghidangkan 2 lagu baharu dari artis-artis popular seperti  Erni Zakri dengan single berjudul JEMPUT RAYA, dan MEDLEY RAYA nyanyian beramai-ramai yang cukup unik buat semua pendengar ketika musim perayaan ini. Semoga sambutan Hari Raya yang bakal diraikan tidak lama lagi lebih ceria dan bermakna dengan karya istimewa terbitan Rocketfuel Entertainment.

Lagu ‘JEMPUT RAYA’ dan ‘MEDLEY RAYA’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. 

Manakala video muzik (MV) kedua-dua singke ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

LIRIK JEMPUT RAYA 

Verse 1: 

Cahaya indah Di pagi Syawal kian bersinar Teruja 

Tibanya suasana raya terdamba di dada 

Percikan warna
Dari berbagai-bagai busana Bertukar senyuman
Saling menyapa dan menghulurkan tangan 

Pre-Chorus: 

Lupakan duka, sayang Muliakan hari baru Biar hatimu girang Raikan dengan ku 

Chorus: 

Selamat Hari Raya Masa untuk gembira Selamat Hari Raya Mari bersuka-ria Jemput jemput! Datanglah semua Rebut rebut Peluang bermesra Selamat Hari Raya Selamat Hari 

Post-Chorus: 

Raya (Raya Raya)
Jom Bersama (sama sama) Suka ria (ria ria)
Hari Raya (Raya Raya) 

Verse 2: 

Ketupat rendang,
kuih dan muih telah dihidang Marilah merasa
Sajian tercinta yang disediakan 

Bridge: 

Hanya setahun sekali Hari Raya tiba
Raikannya sama-sama
Walau dari mana jua 

Marilah kita bersua 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puteri Sarah Bakal Failkan Pembelaan Terhadap Tuntutan Nusyuz

DAIYAN TRISHA

Lancar Joviankan Rayamu, Jenama Jovian Mahu Jadi Pusat Sehenti Raya