in ,

Jelajah Promosi AIM18 ke Plaza Alam Sentral

Jelajah Promosi AIM18 ke Plaza Alam Sentral

Jelajah promosi rancangan anugerah muzik terunggul tanahair, ‘Anugerah Industri Muzik’ (AIM), akan singgah di Plaza Alam Sentral hujung minggu ini.

Tahun ini merupakan yang ke 18 untuk AIM dan jelajah promosi AIM18 akan memperkenalkan barisan artis yang terdiri daripada pencalon edisi ke-18 anugerah tersebut. Jangan ketinggalan ke jelajah promosi AIM18 di Plaza Alam Sentral pada 8hb dan 9hb Oktober ini dengan kehadiran artis ternama. Pencalon AIM18 yang hadir tentunya akan menghangatkan lagi suasana dengan petikan muzik dari pelbagai genre, dari muzik rock alternatif, balada ke etnik, nasyid dan pop.

Jelajah promosi di Plaza Alam Sentral ini juga akan turut disiar melalui rancangan Gerbang AIM di Astro Ria (Saluran 104) pada 20hb Oktober. Saksikan persembahan artis seperti Amirah Ali, Project Pistol, Mirwana, Kyoto Protocol, James Baum, Devotees, Castury, Saujana, Nowseeheart dan Zalee Redang. Antara artis lain yang turut serta ialah artis 3 Suara seperti Jaclyn Victor, Ning dan Shila serta Nora & VOU, Mawi dan Akhil Kayy, dan Nazrey. Peminat juga turut berpeluang berkenalan dengan artis kegemaran mereka semasa sesi autograph dan gambar. Jelajah promosi AIM18 bermula dari pukul 11 pagi hinggalah ke 8 malam di setiap lokasi.

Dicetuskan oleh Celcom, jelajah promosi AIM18 ini bukan sahaja dibarisi artis tetapi juga dipenuhi dengan aktiviti dan pelbagai hiburan serta peluang untuk memenangi hadia percuma dan tiket ke malam berprestij anugerah AIM18 yang diadakan secara langsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, pada 12hb November.

Lokasi pertama jelajah promosi AIM18 ialah di Kuantan baru-baru ini dimana lebih dari seribu orang telah berkesempatan menyaksikan persembahan Azlan and the Typewriter, Nazrey, Castury, Mirwana, Amirah Ali, dan ramai lagi.

Tarikh dan lokasi jelajah promosi AIM18 adalah seperti berikut:

1. Kuantan Parade, Pahang 1 – 2 Oktober 2011
2. Plaza Alam Sentral, Shah Alam 8 – 9 Oktober 2011
3. Jusco AU, Kuala Lumpur 15-16 Oktober 2011
4. Kluang Mall, Johor 22 – 23 Oktober 2011

Celcom merupakan penaja utama AIM18 dengan ASTRO Ria (Saluran 104) sebagai penyiar televisyen rasmi dan ERA sebagai penyiar radio rasmi.

Untuk menambahkan lagi debaran penonton untuk AIM18, ASTRO Ria (Saluran 104) juga akan mengudarakan dua episod Akustik AIM, yang akan memperlihatkan persembahan akustik lagu-lagu yang tercalon untuk AIM 18.ERA akan menyediakan liputan radio dan juruacara untuk jelajah promosi AIM.

Celcom juga turut menjalankan kempen “Be A Star at AIM18” dimana pelanggan berpeluang memenangi ‘pengalaman seumur hidup’ dan duduk di sebelah artis kegemaran mereka semasa pertunjukan anugerah. Syarikat telekomunikasi itu juga baru melancarkan portal mobil dan komuniti, kini eksklusif untuk semua pelanggan Celcom, The Cube, yang boleh dinikmati pelanggan melalui http://m.thecube.my atau pada skrin yang lebih besar melalui laman web The Cube www.thecube.my.

AIM 18 akan diadakan pada hari Sabtu, 12 November 2011 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bermula dengan siaran langsung ‘Blue Carpet’ di 8.30 malam diikuti dengan siaran langsung AIM18 pada pukul 9.00 malam, ekslusif di Astro Ria (Saluran 104).

Sejumlah 75 calon AIM18 telah diumumkan baru-baru ini, setelah melalui proses penghakiman yang diaudit oleh Ernst & Young. AIM rata-rata dianggap sebagai anugerah muzik yang definitif oleh pemuzik tanahair disebabkan proses pemilihan dan penghakiman oleh panel juri yang terdiri daripada pakar industri, bukan seperti anugerah muzik lain yang lebih berdasarkan populariti.

Untuk maklumat lebih tentang RIM, sila rujuk ke laman web www.rim.org.my. Untuk maklumat mengenai AIM, sila rujuk ke laman web http://aim.org.my.

3 Suara comprising l-r Ning, Shila and Jac

Tiga Suara

Mirwana
Mirwana

James Baum

James Baum

Amirah Ali

Amirah Ali

devotees

Devotees

Reza Salleh with hosts Shac and Azza at AIM18 Kuantan roadtour

Reza Salleh with hosts Shac and Azza at AIM18 Kuantan roadtour

James Baum at Kuantan AIM18 roadtour

James Baum at Kuantan AIM18 roadtour

Amirah Ali performing at Kuantan AIM18 roadtour

Amirah Ali performing at Kuantan AIM18 roadtour

Azlan & the Typewriter at Kuantan AIM18 roadtour

Azlan & the Typewriter at Kuantan AIM18 roadtour

Crowd in Kuantan AIM18 roadtour

Crowd in Kuantan AIM18 roadtour

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Event di TV2

Serina Redzuawan & Chef Ridz Hos Sajian Kontemporari