in

Jelajah GEGAR Pagi ke Pantai Timur

Ceriakan hujung minggu anda, dan mari berhibur bersama GEGAR Pagi yang bakal menjelajah ke Pantai Timur bermula 19 April ini. Jelajah GEGAR Pagi bakal menemui peminat di tiga lokasi Pantai Timur termasuk Kelantan, Pahang dan Terengganu, dan akan menampilkan barisan penyampai Anna dan Shah, selain selebriti-selebriti terkenal seperti Khai Bahar, Sufian Suhaimi, Dato’ AC Mizal dan ramai lagi, yang pasti akan menyemarakkan keterujaan para peminat GEGAR dari pelbagai lapisan masyarakat.

Pertama dalam jadual, Jelajah GEGAR Pagi akan melawat Kolej Poli-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu pada hari Khamis, 19 April 2018 dari jam 3:00 petang hingga 6:00 petang. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktivit-aktiviti menarik, selain memenangi barangan eksklusif jenama radio GEGAR.

Pengurus Kandungan GEGAR, Raja Nadia Salwana Raja Hisham berkata

“Dalam usaha kami untuk lebih mendekati peminat-peminat GEGAR, kami amat teruja untuk menjelajah ke Pantai Timur dan beramah mesra bersama peminat di Kelantan, Pahang dan Terengganu. Pelbagai hiburan dan kejutan menarik menanti warga Pantai Timur yang akan melawat Jelajah GEGAR Pagi.

“Yang lebih menarik, penjelajahan Jelajah GEGAR Pagi bakal dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti-selebriti kegemaran ramai. Bagi lawatan jelajah kami di Kelantan, kehadiran selebriti Sufian Suhaimi, Ismail Izzani dan Dato’ AC Mizal akan mewarnai hujung minggu peminat-peminat GEGAR dengan pelbagai persembahan energetik. Selain itu, berhiburlah dengan penyampai radio kesayangan Pantai Timur, Anna dan Shah, yang akan turut turun padang untuk beramah mesra bersama-sama peminat GEGAR.”

Selain Kelantan, nantikan lokasi penjelajahan Jelajah Pantai Timur seperti berikut:

Lokasi Tarikh
WIDAD University College, Kuantan, Pahang 27 April 2018
University Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu 3 May 2018

GEGAR mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk sama-sama memeriahkan lagi Jelajah GEGAR Pagi. Untuk matlumat lanjut tentang GEGAR, sila layari www.gegar.my atau kunjungi laman media sosial Gegar di Facebook, Instagram dan Twitter.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azwan Annuar Dalam Kenangan

The 2018 Billboard Music Awards Nominations