in , ,

Jelajah Food Truck Izzue Islam Dalam 13 Episod RODA SELERA

Penyanyi dan pelakon Izzue Islam bersama-sama chef selebriti, Fikree Aznan dalam program terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsikan masakan dengan menjelajah ke 13 lokasi pilihan menggunakan ‘food truck’.

Dalam program diberi tajuk “Roda Selera” yang bermula siarannya pada 10 Oktober ini, setiap Khamis, pukul 9.30 pagi di TV2,penonton dapat berkongsi tip daripada proses memilih bahan untuk memasak hingga mengajak orang ramai merasa menu yang disediakan mereka.

Lokasi pertama pilihan Chef Fikree dan Izzue Islam berkongsi tip memilih bahan utama masakan iaitu ketam. Mereka ke lokasi Taman Tasik Amping Hilir dengan ‘Food Truck’. Dua menu hidangan iaitu Ketam Masak Cili Berkuah dan Ketam Goreng Daun Kari. Chef berkongsi petua cara mengupas halia menggunakan sudu dan cara mengopek ketam. Penghujung episod mereka berkongsi rasa dengan pengunjung ke Taman Tasik Amping Hilir yang kemudiannya memberi komen mengenai menu yang disediakan.

roda selera di TV2

Dalam episod berikutnya, mereka ke Pasar Tani Kekal Bukit Gambir, Tangkak. Mereka berkongsi tip mengenai tempe dan kebaikanya. Di lokasi Terminal Bentayan, Muar mereka menyediakan dua menu iaitu pasembor dan tauhu begedil sambil memberi petua seperti letakkan garam dalam minyak masa mengoreng dan cara memegang pisau semasa memotong.

Chef Fikree dan Izzue Islam membeli bahan masak di TT Fishmart, Taman Melawati dan berkongsi petua memilih ikan tenggiri. Seterusnya mereka beralih ke lokasi memasak iaitu Zoo Negara dengan ‘Food Truck’. Mereka sepakat menyediakan menu ringkas iaitu ‘Bruschetta’ dan ‘Frittata’. Menu ‘Bruschetta’ berasakan isi tomato, ikan dan cendawan manakala menu ‘Frittata’ berasaskan telur, sosej dan beberapa bahan lain. 

Episod empat ke Pasar Tani FAMA Stadium Abdul Rahman, Paroi membeli barang keperluan untuk masakan menu ‘Popia Vietnam’ dan beralih ke tapak Foodtruck SQFT @ MARA, Seremban Plaza. Menu Masakan kali ini berbeza, dengan menggunakan satu bahan utama iaitu kertas beras atau ‘rice paper’ dan berintikan dengan pelbagai. Menu pertama, Popia Vietnam manakala menu kedua pula berintikan dengan buah delima, mangga, dan epal hijau.

Sementara itu ketika di Urban Fresh Market Place, Setia City Mall, mereka membeli barang untuk menu pilihan popular rakyat Malaysia iaitu Burger Mini dan Burger Malaysia. Lokasi memasak di Setia City Convention Center. Jelajah diteruskan ke Pasaraya Family Store, Masjid Tanah untuk membeli barang keperluan memasak menu Sate Burrito dan diikuti dengan Kentang Ala-Nachos. Hidangan ringkas ini dihidangkan kepada pengunjung di sekitar Pantai Tanjung Bidara.

Mereka kemudiannya singgah di Pasar Awam Banting untuk memilih sotong dan udang segar bersesuaian dengan menu pilihan minggu ini. Pantai Morib adalah lokasi memasak episod ini dengan suasana pantai ‘Roti Pita Makanan Laut’ dan ‘Roti Sosej’. 

Roda Selera seterusnya mebawa penonton ke Skudai, Johor membeli barang keperluan di Pasar Awam Taman Universiti dan memilih Laman Menanti UTM sebagai lokasi memasak. Kongsikan keunikan Ikan tongkol diolah dengan pizza, ‘Pizza Ikan Tongkol’ dan diikuti dengan makanan popular di Mexico ‘Quesadilla’. ‘Guacamole’ merupakan resipi sihat dalam episod ini. 

Dari selatan ke ibu kota iaitu di Kepong di mana mereka singgah di Ikhwan Mart. Taman Metropolitan merupakan lokasi memasak menu ‘churros’ bersama sos ‘salted caramel’ dan donut mini bersama sos buahan atau ‘coulis’. Seterusnya mereka memilih memasak di Taman Seribu Bunga, menyediakan dua hidangan istimewa Sandwich Ayam dan Sandwich Ikan Dori. Salad buah epal juga disediakan sebagai hidangan sampingan.

Kru Roda Selera kali ini berada di Pasar Sekyen 6, Shah Alam untuk membeli bahan keperluan dan memasak di Taman Tasik Shah Alam. Menu kali ini berasaskan selera Thai iaitu Roti John Pad Kra Pao dan Somtam. Kunjungan ke selatan tanah air membawa mereka bersantai Port Dickson, Negeri Sembilan. Mereka meluangkan masa membeli barang di Pasar Besar Baru, Port Dickson dan meneruskan perjalanan ke Pantai Cahaya Negeri untuk memasak. Menu episod ini iaitu Lempeng Ikan Sardin dan Lempeng berinti ‘compote’ Buah. Kedua-dua menu ini diberi sentuhan tempatan. 

Episod akhir di Pasar Raya Sri Ternak, Seri Kembangan membeli bahan masakan oleh Izzue Islam dan Chef Fikree. Untuk episod Ke -13 ini, resipi disediakan Pasta ‘Aglio Olio’ dan ‘Ravioli’. Dua lokasi untuk memasak kedua-dua menu ini. Lokasi pertama untuk memasak ‘Aglio Olio’ ialah di Hot Spot Food Truck Putrajaya manakala lokasi kedua pula ialah di Tapak Food Truck SOFT @ MARA Seremban Plaza untuk memasak Ravioli’ goreng. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wang Tunai RM10,000 Jadi Rebutan 12 Peserta Akhir Kiraoke Suria 

The Garden of Evening Mists Dipersembahkan Di Persada Antarabangsa