in

Jelajah Anugerah Skrin 2015 di Johor Bahru Meriah

Selepas Pulau Pinang, lokasi kedua Jelajah Anugerah Skrin 2015 menuju ke Selatan pula. Bagi menghangatkan lagi Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) yang bakal berlangsung pada 8 November 2015, TV3 dengan penaja utama ASK 2015, Babies Blinks Gold mengadakan 2 sesi Jelajah Anugerah Skrin 2015 khas buat penonton setianya yang berpeluang hadir ke makan malam eksklusif selain beramah mesra dengan artis-artis popular yang turut serta.

Untitled

Lokasi kedua Jelajah ASK 2015 ini diadakan di tapak Karnival Jom Heboh Johor Bahru yang bertempat di Angsana Johor Bahru pada 31 Oktober 2015 telah dimeriahkan dengan kehadiran bintang-bintang ASK 2015 seperti Siti Saleha (Drama Terbaik – Ada Sejadah Panjang Terbentang, Filem Terbaik – Mamak Cupcake & Terbaik Dari Langit), Azwan Kombos (Filem Terbaik – Nasi Tangas & Jalan Puncak Alam), Raja Ilya (Drama Terbaik – Lorong Kecil Ke Syurga, Filem Terbaik – Suamiku Encik Perfect 10), Amyra Rosli (Drama Terbaik – Kereta Kita, Drama Rantaian Terbaik – Astana Cinta Aleesa), Adiba Yunus (Filem Terbaik – Nasi Tangas), Jue Aziz (Drama Rantaian Popular Sosial Media – Angin Syurga), Nazrief Nazri (Drama Rantaian Terbaik – Cinta Ilahi & Hidayahmu Ramadan), Bil Azali (Drama Rantaian Terbaik – Angin Syurga & Astana Cinta Aleesa, Drama Rantaian Komedi Terbaik – RubberBand), Syafiq Kyle (Drama Terbaik – Dari Pintu Neraka, Drama Rantaian Terbaik – Rindu Awak 200%) dan Izzue Islam (Drama Terbaik – Kerana Seorang Ammar, Filem Terbaik – Mat Tudung & Suamiku Ustaz)

Jelajah Anugerah Skrin 2015 dihoskan oleh Maryam Nona Manis ini membuat penampilan khas di gerai Cerekarama dan gerai Lyanaz Beauty Care dari 11.00 pagi hingga 2.30 petang di tapak Karnival Jom Heboh Johor Bahru. Para pengunjung berpeluang memenangi undangan eksklusif ke Makan Malam Eksklusif Bersama Bintang ASK 2015 pada malam itu. Hanya 10 pemenang bertuah akan dipilih selepas melengkapkan beberapa aktiviti cabaran yang diadakan di gerai Cerakarama dan juga gerai Lyanaz Beauty Care. Lebih bermakna apabila bintang-bintang ASK 2015 turut menyumbangkan barangan peribadi mereka untuk acara lelongan istimewa. Hasil daripada lelongan tersebut akan disalurkan kepada Tabung TV3 Bersamamu.

Lokasi pertama Jelajah ASK 2015 telah diadakan di tapak Karnival Jom Heboh Pulau Pinang pada 3 Oktober 2015 dengan kehadiran artis-artis popular seperti Ammar Alfian, Nisha Dirr, Raja Ilya, Mimi Ernida, Lan Siro, Sabhi Sadhi, Idris Khan, Atikah Suhaime dan Bil Azali. 10 pemenang bertuah dengan pasangan masing-masing telah diraikan di makan malam eksklusif bersama bintang ASK 2015 yang berlangsung di The Light Hotel Seberang Jaya pada malam tersebut.

Gambar kredit: TV3 Malaysia

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Ada Pada Hari Mencuci Tangan Sedunia?

Butik SACOOR BROTHERS Kini Dibuka di The Gardens, Ini Gambar Selebriti di Acara Perasmian