in , ,

Jangan Tak Tahu, Mac Mini M1 Terbaharu dari Apple Kini Dihasilkan di Malaysia

Peminat dunia IT pasti tahu yang Apple baru-baru ini telah pun memperkenalkan Mac Mini terbaharu mereka yang kini dijana oleh cip yang dihasilkan oleh mereka sendiri iaitu Apple M1.

Meskipun belum ditawarkan di Malaysia, peminat Mac Mini dalam negara sudahpun tak keruan dan mula menghabiskn masa lapang mereka dengan melihat video review atau unboxing mini komputer yang sudahpun dihasilkan oleh portal-portal IT luar negara.

Jangan Tak Tahu, Mac Mini M1 Terbaharu dari Apple Kini Dihasilkan di Malaysia

Ini kerana kepantasan Mac Mini baru ni dikatakan 3x lebih hebat berbanding Mac mini terdahulu yang menggunakan cip Intel malah kepantasan grafiknya pula dijangkakan 6x lebih hebat.

Jangan Tak Tahu, Mac Mini M1 Terbaharu dari Apple Kini Dihasilkan di Malaysia

Namun siapa sangka, Mac Mini M1 ini sebenarnya dihasilkan di Malaysia, meskipun bukan kesemuanya, namun portal Lowyat.net melaporkan terdapat beberapa portal besar seperti 9to5mac, menerima Mac Mini yang dihasilkan di negara kita.

Jangan Tak Tahu, Mac Mini M1 Terbaharu dari Apple Kini Dihasilkan di Malaysia

Ianya jelas kelihatan menerusi video review yang dilakukan 9to5Mac dimana tertera perkataan ‘Made in Malaysia’ pada bahagian spefikasi barangan IT itu sendiri.

Selain 9to5 Mac, beberapa laman IT seperti PcMag, Zollotech turut menerima Mac Mini yang dihasilkan di negara kita manakala laman seperti  Ars TechnicaCreative Blog, and The Verge menggunakan Mac Mini yang dihasilkan di China.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Man Bai Rakam Semula Lagu KAU ILHAMKU Buat Kali Ketiga Dengan Muzik Lebih Segar

Laman Isharefans Hilang Dari Radar, Ramai Mula Tertanya-tanya & Kecewa