in

Jadual Siri Jelajah Anugerah Industri Muzik ke-22

Anugerah Industri Muzik ke-22 akan disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Lokasi Rasmi AIM 22 pada hari Ahad, 18 Disember 2016 serentak di Saluran Astro RIA (104) dan Astro Ria HD (123) dari pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam dibawakan oleh penaja utama, Sweedskin dan penganjur, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Majlis tersebut akan didahului acara ‘Karpet Glamor AIM 22’ yang menampilkan perjalanan artis dan selebriti yang menyusuri karpet merah dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam sejurus sebelum majlis penyampaian anugerah berlangsung.

HRC Showcase poster BM

Anugerah Industri Muzik 22 (Aim 22) Live Ekstravaganza di Hard Rock Café Kuala Lumpur & Siri Jelajah Aim 22 Bersama AEON

[dropcap]M[/dropcap]enjelang malam kemuncak AIM 22, satu persembahan Live Ekstravaganza calon-calon akhir AIM 22 bakal diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 6 November 2016 mulai jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

[pullquote align=”right”]Persembahan live eksklusif yang berlangsung selama 3 jam ini menampilkan artis-artis hebat seperti Akim & The Majistret, Black, Hazama, Kaka Azraff, Najwa Mahiaddin, Projector Band, Salammusik, Syamel, Projek Pistol, De Fam, Juwita Suwito dan Vince Chong.[/pullquote]

Tiket masuk berharga RM60.00 (termasuk satu (1) minuman ringan percuma) boleh dibeli di pintu masuk Hard Rock Café Kuala Lumpur mulai jam 12.00 tengahari pada hari acara berlangsung. Untuk membuat tempahan lebih awal, sila hubungi Rina di 018-2920368 atau e-mel tempahan ke [email protected]

Dengan kerjasama pusat membeli-belah AEON, satu siri Jelajah AIM 22 yang membawa sebilangan para finalis AIM 22 bertemu dengan peminat-peminat mereka akan diadakan di 5 cawangan AEON Mall bermula di AEON Tebrau City Shopping Centre, Johor Bahru pada 5 November, AEON AU2 Setiawangsa Shopping Centre pada 13 November, AEON MALL Klebang, Ipoh pada 19 November, AEON Mall Kota Bharu, Kelantan pada 26 November dan berakhir di AEON Mall Shah Alam pada 3 Disember.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi AIM, www.aim.org.my. Untuk berita terkini dan kandungan eksklusif berkaitan AIM 22, sila layari laman Facebook AIM di (@Anugerah.Industri.Muzik.Official) atau ikuti akaun Instagram (@anugerah_industri_muzik) dan Twitter (@AIM22official).

AIM 22 AEON ROAD TOUR

AEON TEBRAU CITY, JOHOR BHARU

Tarikh :   5 NOVEMBER 2016

NO ARTIST
1. Projector Band
2. Kaka Azraff
3. Daiyan Trisha
4. Nona
5. Yabang Khalifah
6. Emcee – Anis Al Idrus
7. A Team 

AEON AU 2, SETIAWANGSA

TARIKH : 13 NOVEMBER 2016           

 

Vol Artist
1. Suffian Suhaimi
2. Hazami
3. Estranged
4. Syamel AF
5. Salammusik
6. Poova
7. Emcee -Anis Al Idrus/Kelly
8. A Team 

AEON IPOH KLEBANG

TARIKH : 19 NOVEMBER 2016

NO ARTIST
1. Yabang Khalifah
2. Suffian Suhaimi
3. Syamel AF
4. Salammusik
5. Kayda & Hunny Madu
6. Emccee – Kelly
7. A Tea

AEON KOTA BHARU, KELANTAN

TARIKH : 26 NOVEMBER 2016

Vol Artist
1. Lah Ahmad
2. Suhaimi Saad
3. The Mikraj
4. Daqmie
5. Man Khan & Aris Kapilla
6. Emcee – Kelly
7. A Team

AEON SHAH ALAM

TARIKH : 3 DECEMBER 2016

NO ARTIST
1. Aiman Tino
2. Azlan & The Typewriter
3. Back2Basixx
4. Projek Pistol
5. Black
6. Poova
7. Emcee – Anis Al Idrus/Kelly
8. A Team

CONFIRMED ARTISTES

  1. Akim & The Majistret
  2. Projector Band
  3. Hazami
  4. Hunny Madu & Band
  5. Najwa Mahiaddin & Band
  6. Kaka Azraff
  7. Daiyan Trisha
  8. Syamel
  9. Salammusik
  10. Amir Jahari
  11. Projek Pistol
  12. Back2Basixx
  13. Hazama
  14. Black
  15. De Fam
  16. Bella Nazari
  17. Vince Chong
  18. Elvira Arul
  19. Lyia Meta
  20. Juwita Suwito
  21. Gabriel Lynch




TENTANG PERSATUAN INDUSTRI RAKAMAN MALAYSIA (RIM)

RIM ialah sebuah persatuan perdagangan industri yang ditubuhkan untuk mewakili syarikat-syarikat rakaman tempatan di Malaysia. Ianya kini mewakili lebih daripada 300 syarikat dan peniaga rakaman tempatan yang terlibat di dalam pengeluaran, pengilangan dan pengedaran rakaman bunyi, video muzik dan karaoke tempatan dan antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rim.org.my

SWEEDSKIN – PENAJA UTAMA AIM 22

Sweedskin adalah produk keluaran tempatan berfungsi sebagai set penjagaan wajah yang lengkap. Terdiri daripada tujuh produk iaitu Pencuci Pembersih Bersinar (Luminous Purifying Cleanser), Semburan Pengaktif Kulit (Skin Activator Mist), Krim DD Pelindung Harian (DD Cream) dan empat jenis serum iaitu Serum Kawalan Sebum (Sebum Reducer Serum), Serum Pencerahan (Brightening Serum), Serum Pelembab Hidrasi (Hydration Mosturizer Serum), Serum Anti-Penuaan (Age Reversing Serum). Produk penjagaan wajah Sweedskin ini selamat digunakan tanpa bahan kimia yang berbahaya, selain itu, diformulasikan dari Eropah dengan bahan semulajadi yang berkesan, mesra kulit dan alam sekitar serta produk berkualiti dan inovatif dengan harga yang berpatutan.

Keistimewaan produk Sweedskin juga adalah bebas dari Sembilan bahan terlarang yang merbahaya untuk kulit. Sembilan bahan terlarang tersebut ialah bahan pengawet, silicon, bahan lanoline, bahan komedogenik, bahan dari sumber haiwan, minyak mineral, bahan pewarna dan alkohol. Ini menjadikan Sweedskin salah satu produk penjagaan wajah semulajadi yang sesuai untuk semua golongan, peringkat umur dan semua jenis kulit. Untuk maklumat lebih lanjut sila layari laman web rasmi Sweedskin di www.sweedskin.com

Buat julung kalinya, Sweedskin amat berbesar hati menjadi Penaja Utama bagi acara berprestij, Anugerah Industri Muzik Ke 22 (AIM 22). Kolaborasi ini terjalin kerana Sweedskin menyokong industri muzik tanahair dan menghargai usaha AIM untuk mempertabatkan hasil karya artis-artis tempatan.

PARKROYAL KUALA LUMPUR – HOTEL RASMI AIM 22

Hotel Rasmi AIM 22. “Tak mungkin hilang Irama dan Lagu Bagaikan Kembang, Sentiasa Bermadu”. Buat kali pertama, PARKROYAL Kuala Lumpur bangga dapat bekerjasama dengan AIM (Anugerah Industri Muzik) sebagai Hotel Rasmi. Ini merupakan titik sejarah bagi pihak Hotel sebagai tanda sokongan kami pada Industri Muzik Tanahair. Ini juga tanda penghargaan untuk segala hasil titik peluh komposer, penulis lirik, penyanyi, malah semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung disebalik tabir. PARKROYAL Kuala Lumpur sekali lagi mengucapkan Syabas dan tahniah pada semua. Semoga silaturahim yang terjalin, sokongan kami akan mewarnai lagi Industri Muzik Tanahair.

PUSAT PERDAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR (PWTC) – LOKASI RASMI AIM 22

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ialah pusat pameran dan konvensyen utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Dengan keluasannya yang ideal, bertaraf dunia, kemudahan yang hebat dan kakitangan yang berpengalaman menjadikan PWTC sentiasa menjadi pilihan untuk mengadakan pameran, konvensyen, persidangan, mesyuarat, konsert dan sebagainya. PWTC cukup berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai acara yang bertaraf antarabangsa mahupun di dalam negeri.

Pada tahun ini, PWTC berasa berbesar hati menjadi tuan rumah bagi acara berprestij, Anugerah Industri Muzik (AIM) yang ke 22. Kolaborasi ini terjalin kerana PWTC menyokong industri muzik tanahair serta menghargai usaha AIM untuk mempertabatkan hasil karya artis tempatan yang telah berlangsung buat kali keenam di PWTC. Dengan kolaborasi ini dapat menyatukan hubungan silaturrahim diantara PWTC dengan AIM dalam membawa perbezaan industri masing-masing untuk satu tujuan.

AEON CO. (M) BHD. – LOKASI RASMI SIRI JELAJAH AIM 22

AEON CO. (M) BHD. adalah rangkaian Perniagaan Barangan Umum (GMS) serta pasarraya terkemuka di Malaysia dengan 33 buah cawangan AEON dan 3 pasarraya MaxValu di seluruh negara. Memegang kepada prinsip AEON, yang bermaksud ‘selama-lamanya’ dalam bahasa Latin, AEON mempunyai matlamat untuk sentiasa bekerjasama dengan pelanggan, pembekal, rakan niaga, rakan kongsi dan masyarakat untuk membina masa depan yang penuh potensi. Ditubuhkan pada tahun 1984 melalui jemputan Kerajaan Malaysia bagi membantu arus permodenan industri perniagaan negara, rangkaian AEON di seluruh Semenanjung Malaysia berusaha untuk memenuhi keperluan dan keinginan pengguna yang kerap berubah. Didorong oleh falsafah “Mengutamakan Pelanggan”, syarikat ini begitu tepat memahami keperluan pasaran mereka, dibantu dengan rangkaian produk yang optimal, ia mengatasi jangkaan dan mempertingkatkan pengalaman pembelian pelanggan dalam setiap pembelian mereka. Semua ini dicerminkan melalui moto mereka, “AEON, Menyerlahkan Gaya Hidup Anda”.

Pada tahun 2015, AEON telah memperkenalkan sebuah inisiatif dipanggil ‘Do Mall’ yang merupakan sebahagian daripada aktiviti penjenamaan semula Pusat Membeli-Belah AEON kepada AEON Mall. Inisiatif ini mencerminkan inovasi produk ketahap lebih tinggi sambil mengekalkan produk pilihan pelanggan, aktiviti sepanjang tahun untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan serta AEON Mall dengan wajah baharu yang lengkap dengan pelbagai tawaran daripada makanan, hiburan, fesyen serta acara untuk komuniti setempat.

AEON juga telah dianugerahkan dengan Emas di Anugerah Putera Brand dalam kategor iMembeli-belah selama 6 tahun berturut-turut sejak tahun 2011 AEON juga telah dianugerahkan dengan Green Leadership oleh Asia Pacific Entrepreneurship Awards pada tahun 2011 dan 2010.

Untuk keterangan lanjut, sila layari:
www.aeonretail.com.myatauwww.facebook/aeonretail.com.

HARD ROCK CAFÉ KUALA LUMPUR – LOKASI RASMI LIVE EKSTRAVAGANZA AIM 22

Hard Rock Café Kuala Lumpur amat berbangga menjalin kerjasama dengan AIM sebagai Lokasi Rasmi Showcase AIM 22. Ini bertepatan dengan sambutan ulangtahun Hard Rock Café yang ke 25. Secara tidak langsung ia menunjukkan sokongan yang padu Hard Rock Café Kuala Lumpur kepada industri muzik tempatan.

Hard Rock Café Kuala Lumpur telah menjadi pelopor arena muzik antarabangsa dengan persembahan oleh nama-nama besar seperti Brian McKnight, The Rasmus, Hoovastank, Gy Sebastian, All 4 One, James Ingram, Scorpion, Air Supply dan banyak lagi. Tidak lupa juga arena muzik tempatan, Hard Rock Café Kuala Lumpur telah menyaksikan ramai artis serba boleh seperti Shiela Majid, Ning Baizura, Ramli Sarip, Lefthanded, Wings dan banyak lagi.LOVE ALL – SERVE ALL, SAVE THE PLANET, TAKE TIME TO BE KIND AND ALL IS ONE. Moto Hard Rock Cafemencerminkan kesungguhan kepada masyarakat dan bekerja. Ia percaya dalam mempromosikan kebaikan di seluruh planet ini dan mengekalkan sifat baik antara perniagaan dan keluarga Hard Rock.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Segala Tentang Anugerah Melodi 2016 Yang Anda Patut Tahu

Persembahan Dato’ Siti Nurhaliza di Konsert #AirAsiaMAKNA 2016