in ,

Jadual Promosi Pelancaran Album Afgan Syah Reza di Kuala Lumpur Malaysia

“Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu…”

Yea, korang mesti minat dengan irama lagu ini… anda juga pasti minat dengan penyanyinya yang masih muda tapi bersuara matang ini. Dan pada korang yang tidak tahu, Afgan Syah Reza akan datang berkunjung ke Malaysia buat pertama kalinya…. !

Afgan, artis yang berasal dari Indonesia ini akan datang ke Malaysia bagi Pelancaran Album Pertamanya yang berjudul ‘Confession No 1’ bertempat di Hotel Istana pada 17 November 2008 di bawah naungan syarikat Metadome Sdn. Bhd. Antara lagu-lagu yang semakin kerap diperdengarkan di corong-corong radio tempatan adalah Padamu Ku Bersujud dan Terima Kasih Cinta.

Sempena pelancaran album tersebut pihak kami akan mengadakan pertandingan ‘Siapa Cepat Dia Dapat’ di mana 50 pemanggil pertama yang menghubungi talian kami (03-27156005) pada 13 Nov 08 dari pukul 6.30 ptg -7.00 ptg akan dapat menyaksikan Mini Show Case – Afgan pada hari pelancaran tersebut. Setiap pemenang layak membawa seorang teman dengan syarat membeli CD Afgan setiap seorang terlebih dahulu di kaunter pendaftaran yang dibuka pada hari tersebut.

Ini dia jadual rangka promosi Afgan sepanjang berada di Kuala Lumpur:

17 Nov 2008 (Isnin)
Mini Show Case Afgan jam 4.00 pm di Songket Lounge, Hotel Istana
Suria FM Radio Interview 9.30 pm – 10.30 pm

18 Nov 2008 (Selasa)
Hot FM AM Crew Radio Interview jam 7.00 am – 8.15 am
MHI, TV3 Interview + Performance  jam 8.30 am – 9.00 am
KL FM Radio Interview jam 10.00 pm – 12.00 am

19 Nov 2008 (Rabu)
Breakfast Show @ NTV7 TV Program (Talk Show) 8.30 am
Meet The Fans di Sungei Wang Plaza jam 7.45 pm – 8.30 pm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Pierre Andre Diterjah Zubir Berita Harian Part 2

Gambar Ako Mustapha Bersama Tunang Kartina Abdullah di ASK 2008