in

IZ, Budiey & Mamee Ceriakan Penghuni Rumah KIDS

Nampaknya masa sangat pantas meninggalkan dan kita tanpa kita sedari, umur dan usia kita juga semakin meningkat. Apa yang kita harapkan, segala apa yang berlaku di tahun 2013 memberikan kita satu pengalaman dan pengajaran berharga untuk tahun 2014 ini. Banyak sekali kenangan di tahun 2013 telah kita rancang, kita cipta, kita impikan dan kita laksanakan.

Bagi Budiey, untuk menutup tahun 2013, Budiey mahu sesuatu yang bermanfaat dan sekurang-kurangnya dapat membantu manusia yang memerlukan di luar sana. Apa yang penting, kali ini Budiey mahu menceriakan insan lain yang lebih memerlukan kasih sayang dan prihatin dari kita.

Lawatan Keceriaan Budiey, IZ & Mamee Fun Squad

[dropcap]D[/dropcap]engan kerjasama Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd menerusi Mamee Fun Squad, Budiey telah mengadakan satu lawatan ke Rumah KIDS yang terletak di Subang USJ 1 pada petang Isnin, 30 Disember lalu. Selain kehadiran Mamee Fun Squad, Budiey juga menjemput penyanyi IZ untuk turut bersama memeriahkan suasana pada petang itu. Budiey pun rasanya dah lama tak lepak-lepak dengan IZ, jadi kebetulan IZ pun tengah ada free time, dan bagi IZ pula inilah peluang untuk dia bekerjasama bagi memberikan keceriaan bersama-sama.

Selain dapat meraikan dan memberi keriangan bagi kanak-kanak sempena Christmas Cheers ini, Budiey juga turut berkenalan dengan penjaga yang begitu ramah bersama 35 orang penghuni rumah ini. Sebenarnya, acara ini sangat ringkas di mana kami hanya singgak sekejap sahaja tapi bagi Budiey ia satu yang bermakna untuk kanak-kanak ini. Acara ini juga adalah salah satu dari kempen Mamee Prihatin di mana menjadi sebahagian daripada tanggungjawab korporat Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd.

Lawatan ini juga dimeriahkan dengan kehadiran maskot Mister Potato dan Mamee Monster yang turut mengedarkan pelbagai produk Mamee Double-Decker seperti Mamee Chef, Mister Potato, Corntoz dan Mamee Monster.

Lawatan Keceriaan Budiey, IZ & Mamee Fun Squad

Budiey sempat berbual-bual dengan jurucakap Mamee Fun Squad, Sharszany Shahry Shahriman, di mana menurutnya, pihak Mamee sendiri sangat teruja dapat bertemu dan memberikan keceriaan kepada adik-adik di Rumah KIDS sebagai menutup tahun 2013. Pihak Mamee berharap dengan bantuan yang tak seberapa ini dapat mengukir senyuman keceriaan buat adik-adik ini. Beliau juga tak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada blog Budiey.com kerana turut serta memeriahkan acara ini bersama penyanyi IZ. Terima kasih kepada IZ kerana sudi meluangkan masa untuk acara ringkas ini.

Jom tengok video dan gambar-gambar yang sempat Budiey rakam. Enjoyz dan di peluang ini, Budiey ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014 kepada semua pembaca yang telah sudi melayari blog ini setiap hari dan sentiasa memberi sokongan kepada Blog Budiey.com.

Oh ya, kepada semua pembaca, jangan lupa untuk menyertai acara tahunan Budiey.com iaitu #PartyBudiey yang akan diadakan pada 7 Januari ini di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara jam 8 malam. Sama-sama kita meraikan hari ulangtahun Budiey.com yang ke-7 bersama selebriti jemputan dan pada malam itu juga kita akan menonton sebuah filem seram terbaru berjudul DEVIL”S DUE. Selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang lumayan, anda juga akan diberikan goodie bag yang diisi dengan macam-macam hadiah sebagai tanda terima kasih Budiey kepada anda semua.

Semoga tahun 2014 memberikan kita kejayaan dan terus mengecapi ketenangan!

Lawatan Keceriaan Budiey, IZ & Mamee Fun Squad

Lawatan Keceriaan Budiey, IZ & Mamee Fun Squad

Lawatan Keceriaan Budiey, IZ & Mamee Fun Squad

Lawatan Keceriaan Budiey, IZ & Mamee Fun Squad

Lawatan Keceriaan Budiey, IZ & Mamee Fun Squad

Lawatan Keceriaan Budiey, IZ & Mamee Fun Squad

Lawatan Keceriaan Budiey, IZ & Mamee Fun Squad

Lawatan Keceriaan Budiey, IZ & Mamee Fun Squad

Lawatan Keceriaan Budiey, IZ & Mamee Fun Squad

Lawatan Keceriaan Budiey, IZ & Mamee Fun Squad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promosi Hebat AirAsia Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

Sinopsis Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 7